Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Masyarakat tempatan di Sarawak, amnya kaum Iban telah mempunyai satu kesenian yang sangat unik iaitu tradisi mencacah tatu. Aktiviti mencacah tatu ini telah lama diamalkan sejak berkurun dahulu .Sejarah tatu dikatakan bermula sejak zaman Neolitik ( 10 000 – 5000 Sebelum Masihi. Dalam bahasa Tahiti perkataan tatu bermaksud ‘ menanda sesuatu’. Aktiviti membuat tatu bukan hanya dalam kalangan orang Iban sahaja ,malah telah diamalkan oleh tamadun lain juga . Contohnya di negara Jepun perkataan tatu dikenali sebagai “ irezumi” adalah bermaksud perbuatan mencacah atau memasukan dakwat atau apa-apa pigmen ke dalam kulit yang bersifat kekal ( mikro pigmensi ) sama ada menggunakan peralatan tajam atau yang berkaitan dengannya. Terdapat sebab dan tujuan tatu ini dibuat dan ianya berbeza-beza mengikut kebudayaan atau kepercayaan sesebuah etnik.
Aktiviti mencacah tatu ini pada pandangan sejarahnya telah dilakukan oleh orang-orang Mesir. Penemuan beberapa arkeologi telah berjaya membuktikan bahawa tatu telah diamalkan di Mesir sejak zaman keagungan Pyramid dibina. Melalui perkembangan tamadun Mesir pada ketika itu secara tidak langsung telah menyebabkan amalan mencacah tatu dicontohi oleh tamadun lain seperti Yunani, Crete, Cina dan Arabia. Di Barat pula ,mereka yang memiliki tatu dikaitkan sebagai penjenayah semasa zaman silamnya . Contohnya tatu dikenali sebagai “ The Scarlett “ oleh Nathaniel Hawthome .
Kajian antropologi menunjukan penggunaan tatu oleh masyarakat peribumi pada masa dahulu adalah atas dasar membezakan sesuatu keturunan , puak dan kumpulan serta banyak dipengaruhi oleh mitos pada zaman sebelumnya . Mereka juga menjadikan tatu sebagai simbol sosial kepada kedudukan status , kekuasaan dan kekayaan di dalam masyarakat mereka . Menurut sumber kajian ini juga , sejarah perkembangan tatu tidak dapat dipastikan secara tepat kerana tidak ada sebarang bukti yang kukuh menunjukan masyarakat peribumi dari benua mana yang memulakannya .
Tatu di Sarawak
Sarawak terletak di pulau Borneo iaitu sebelah timur Semenanjung Malaysia . Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia . Pulau Borneo pula merupakan pulau yang ketiga terbesar di dunia . Kira – kira tiga juta orang Dayak yang merangkumi suku Iban , Melanau , Orang Ulu , Kayan , Penan dan lain-lain yang menetap di sarawak .Perkataan Dayak bermaksud orang “ pedalaman “ serta menggambarkan berbagai-bagai suku lain yang ada di Sarawak . Setiap suku ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri yang sukar ditemui Selain di Sarawak . Walaupun terdapat banyak perbezaan antara suku-suku kaum ini namun terdapat satu persamaan yang umum iaitu tradisi mencacah tatu . Amalan mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum. Kini, perhiasan tatu yang gemar digayakan anak muda sama ada pada wajah, leher, tangan atau kaki, membawa pengertian istimewa atau maksud tertentu di sebalik kehidupan yang dilalui mereka. Jika ke Sarawak, jangan terkejut jika terserempak dengan masyarakat pribumi yang mencacah seluruh tubuh badan. Apabila menghampiri rumah panjang masyarakat Iban atau Bidayuh, bertatu seperti kelaziman.
Bagi orang Iban iaitu masyarakat Dayak yang terbesar di Sarawak ,tradisi mencacah tatu merupakan sebahagian daripada cara hidup mereka sejak berkurun dahulu .Golongan dewasa kebanyakannya memiliki tatu di kepala hingga ke hujung kaki , hal ini melambangkan status sosial dan keberanian mereka . Dalam kalangan orang Iban ,tatu disebut sebagai “ pantang “ .Tatu memainkan peranan yang penting dalam budaya orang Iban . Amalan mencacah tatu ini merupakan aktiviti suci yang menghubungkan orang Iban dengan orang duniawi ( dua buah penduduk kampung yang selalu membantu orang Iban dalam kesusahan iaitu Panggau Libau dan Gelong ) . Antara orang –orang duniawi yang selalu muncul membantu orang Iban ini ialah Keling , Bungai Nuing , Sempurai , Singalang Burong , Kumang dan Lulong . Azimat –azimat yang diberikan orang- orang inilah yang menyebabkan orang Iban sangat kebal dan berani semasa pergi memburu kepala . Orang Iban yang telah dibantu atau termimpi pernah berjumpa dengan orng –orang duniawi ini mesti dicacah tatu supaya apa yang diberikan kepada mereka , misalnya azimat “ dinding bulu , batu melaban , batu ilau , batu lelayang “ dan yang lain-lain akan kekal dalam badan mereka sampai ke ajal mereka tiba .
Sejarah asal usulnya pula , menurut Adeng seni tatu adalah bermula dari satu peristiwa yang pernah berlaku pada zaman nenek moyang mereka dahulu . Peristiwa tersebut ialah pertengkaran yang berlaku antara beberapa orang Iban yang sedang memasak semasa musim “ nugal di tegalan “ iaitu semasa musim menanam padi . Semasa mereka bertengkar salah seorang daripada mereka terkena objek tajam yang diselaputi jelaga dan telah meninggalkan kesan kepada kulitnya . Kesan jelaga itu ialah luka , secara tidak sengaja ,beliau telah memasukan “ alung “ ataupun sisa –sisa kayu yang hitam setelah dibakar lalu digosoknya pada luka tersebut bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya . Setetah kering kesan itu tidak dapat lagi dibuang lalu dipanggil “ pantang “ ataupun tatu . Maksud perkataan “ pantang “ yang lebih dalam lagi ialah bermaksud perkara yang tidak boleh dilakukan lagi . Hal ini adalah kesan daripada peristiwa pertengkaran tersebut , padi yang ditanam di huma tersebut langsung tidak menjadi pada tahun tersebut . Inilah kepercayaan orang Iban tentang sejarah “pantang “ atau tatu .
Sebab-sebab mencacah tatu
Kepercayaan orang Iban pada masa dahulu yang berkaitan dengan pembuatan tatu ialah untuk mengingatkan mereka bahawa Remaung ( makhluk separuh manusi separuh haiwan yang menyerupai harimau ) merupakan makhluk halus yang perlu dihormati . Sekiranya tidak mempunyai tatu ,mereka yang berjalan keseorang di dalam hutan amat mudah terjumpa dengan barang – barang kepunyaan mereka sendiri . Barang –barang tersebut dipercayai milik Remaung , seandainya barang itu disentuh atau dibawa pulang ke rumah maka orang yang mengambilnya akan diserang oleh penyakit dan akhirnya boleh membawa ajal . Jika ada tatu orang Iban percaya bahawa Remaung mengenali mereka manusia dan tidak akan mengganggu .
Selain itu , tatu turut menunjukkan keberanian pada seseorang dan serta status orang itu dalam kelompok komuniti orang Iban .Bagi orang Iban juga , mencacah tatu dianggap sebagai diari bagi memperingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku .Hal ini supaya senang mengingati peristiwa penting tersebut . Masyarakat Iban pada masa dahulu juga mencacah tatu pada kanak-kanak yang berusia 10 atau 11 tahun bagi menandakan mereka “ baru lanjau “ dan sudah bersedia untuk menyertai aktiviti pemburuan .Tujuan mencacah tatu pada kanak –kanak ini adalah sebagai azimat dan melindungi mareka
dari roh-roh jahat serta juga menjadikan mereka kebal .
Secara amnya , bagi masyarakat Iban sesiapa sahaja boleh dicacah dengan tatu tetapi mesti ada motif yang khas misalnya bagi golongan tertentu sahaja .sesetengah corak tatu juga hanya di khaskan untuk golongan pahlawan ban sahaja .
Pada zaman dahulu , nenek moyang orang Iban amat mementingkan bilangan tatu yang ada pada badan seseorang dalam pemilihan bakal suami atau isteri .Menurut lulusan undang-undang dari England ini , selain wanita mencacah badan sebagai perhisan diri , tatu juga melambangankan kemampuan mereka menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri serta kebolehan menari ( tarian ngajat ) .Lelaki Iban yang tidak mempunyai sebarang tatu atau mempunyai tatu yang separuh siap akan dilabel sebagai “ telanjai “ atau dianggap sebagai sebuah rumah yang tidak mempunyai atap . Satu gelaran yang amat popular iaitu “ Bujang Berani Kempang , Lendat Dibiau Batang Isang “ yang membawa maksud semakin banyak kepala yang dibawa balik daripada memburu ( ngayau ) , maka semakin banyak tatu yang akan dicacah pada badan pahlawan itu . Hal ini dilakukan sebagai penghargaan atas keberanian pahlawan tersebut menentang musuh .
Bentuk dan gaya tatu
Corak tatu etnik Iban ini telah berkembang mengikut saiz . Pada tahun 1920an didapati corak tatu adalah bersaiz amat kecil dan sehinggalah pada tahun 1960an dan1970an, telah dilihat bahawa coark tatu tersebut adalah semakin besar , lebih jelas dan meliputi bahagian yang lebih luas pada kulit . Kebanyakan bentuk dan gaya tatu dalam kalangan orang Iban hampir sama tetapi telah banyak berkembang dari segi saiz tatu , gaya tatu dan yang paling nyata ialah banyak dipengaruhi oleh tempat atau kawasan mereka tinggal .
Pada dasarnya corak tatu etnik Iban adalah sama .Semua tempat di sarawak yang mempunyai komoditi etnik Iban yang bertatu tiada bezanya dari segi motif dan corak . Walau bagaimana pun gaya tatu itu adalah berlainan kerana setiap orang yang mencacah tatu adalah tidak sama dari segi kemahiran mereka mencacah tatu tersebut . Melalui tatu orang Iban dapat mengenal pasti dari mana kawasan tempat tinggal orang yang datang melawat , iaitu hanya dengan melihat perbezaan gaya tatu yang ada pada orang itu . Pada awal tahun 1970an , seni tatu orang Iban telah jauh merantau dan sangat terkenal di negara Eropah . Hal ini kerana masyarakat barat telah jatuh cinta dengan keunika seni tatu iban dan ini telah mendorong mereka untuk meniru dan mengayakan tatu tersebut pada bahagian lengan , badan , belakang , kerongkong dan kaki mereka .
Motif dan corak tatu orang Iban adalah banyak dipengaruhi oleh bentuk haiwan mitos , alam semula jadi dan corak flora seperti daun . Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa peperangan antara puak . Contoh corak tatu yang cacah biasanya merupakan corak naga , burung enggang dan anjing syaitan . Motif-motif dan corak-corak tatu kebanyakannya berdasarkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka dalam waktu kesusahan atau pun di waktu senang .
Seni mencacah tatu ini merupakan salah satu aktiviti seni harian orang Iban yang seakan-akan hampir sama denagn ukiran kayu dan tenunan . Ini merupakan hanya sebahagian daripada aktiviti harian etnik iban . Dalam adat resam orang Iban , didapati tiada pencacah tatu yang khas . Hal ini menunjukan bahawa amalan mencacah tatu adalah bukan adat tetapi hanyalah sebagai aktiviti bagi individu yang berminat mengayakannya .
Perkakas untuk mencacah tatu
Alat asas yang digunakan untuk mencacah tatu ini ialah pemegang kayu dan jarum . Jarum diikat pada hujung pemegang kayu tersebut . Dalam proses pembuatan tatu ini ,pukulan ringan akn dilakukan pada permukaan kulit dengan jarum telah dicelup pada dakwat bagi menghasilkan corak tatu .
Pembutan tatu secara tradisional pula mengunakan dakwat yang diperbuat daripada jelaga yang direbus dalam air tebu untuk beberapa jam . Selepas itu ia akan dibiarkan beberapa hari untukmengalami proses penapaian , cara ini dilakukan untuk memelihara ketahanan dakwat yang telah dihasilkan . Orang Iban menamakan dakwat yang diperbuat dengan cara ini dengan ialah “ alung “ . Pada zaman sekarang pula proses pembutan tatu adalah dengan kaedah elektrik .
Corak- corak dan maksud tatu Iban
Corak tatu yang paling terkenal dalam kalangan kaum Iban ialah “ kelingai “ sempena dengan nama pahlawan agung Iban,Keling sangat banyak mempengaruhi corak tatu kerana pesanannya kepada orang Iban, corak sesuatu tatu tidak boleh dibuat sembarangan kerana perlu ada maksud dan tujuannya.
Antara corak tatu yang paling terkenal ialah “ bungai terung” .Tatu ‘bungai terung’ ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang empunyai tatu bungai terung kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu kerana dipercayai segala aktiviti dan beban yang berat akan dipikul pada bahu. Di tengah ‘bungai terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yan mengembara.
Corak tatu “ lengan ketam “ juga amat terkenal dan diminati kerana keunikannya seperti simbol naga atu naga berkepala dua . Tatu ini dicacah pada bahagian lengan dan disertakan dengan corak perut naga yang berbeza-bea bergantungkepada mimpi yang dialaminya .Tatu ini membawa erti kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk melindungi diri dari semangat jahat, pisau dan juga manusia. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau yang tajam kerana ilmu sihir merupakan budaya lama orang Iban dan terdapat banyak kepercayaan bahawaterdapat semangat yang akan membantu pemilik tatu tersebut.
Corak tatu seterusnya ialah “ tegelu “ .Tegelu dicacah pada belakang tangan bermaksud kejayaan pahlawan dalam pemuruan kepala ataupun dalam bahasa Iban disebut “ ngayau “.Orang Iban yang mempunyai tatu ‘ tegulu ’ juga menandakan seseorang itu telah menyertai kumpulan pemburuan kepala . Walau bagaimana pun segelintir sahaja yang ingin membuat tatu ‘ tegelu ‘ setelah berburu, hal ini kerana mereka yang memiliki tatu segelu ini akan diuji dengan ilmu hitam apabila melawat kampung lain . Sekiranya orang yang mempunyai ‘tegelu ‘ tidak ada azimat pelindung diri yang kuat dari orang yang menguji maka beliau akan memuntahkan darah atau sakit . Namun demikian , ramai yang masih masih mencacah tatu ‘ tegelu ‘ pada belakang tangan , kerana mereka percaya mereka telah menjadi lebih kuat dan kebal . Mereka juga percaya yang bahawa mereka telah mendapat perlindungan yang sepenuhnya hasil daripada aktiviti pemburuan kepala . Setelah balik daripada memburu kepala orang Iban pada zaman dahulu akan meraikanya dalam satu perayaan besar-besaran dimana penduduk-penduduk kampung yang berdekatan akan dijemput tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak . Perayaan ini dikenali sebagai “ Gawai encabuh arung “
Pada masa dahulu , corak tatu yang dicacah pada kerongkong juga sangat popular . Tujuan tatu ini dibuat adalah untuk melambangkan perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang dihormati . Antara orang –orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua kampung , pahlawan – pahlawan yang sudah berburu dan bomoh bomoh . Dalam penelitian corak tatu tersebut terdapat gambaran seekor ikan yang kelihatan berenag ke hulu sungai dan bertukar menjadi naga atau naga berkepala dua . Ini bermakna perkembangan status pada seseorang kerana bahagian kerongkong merupakan bahagian yang paling sukar dicacah tatu dan ini dipercayai menguatkan semangat orang yang dicacah tatu . Corak tatu ini juga terdapat di negara Jepun . Dalam kebudayaan Jepun , ikan koi yang berenang ke hulu sungai dan kemudianya bertukar menjadi seekor naga yang didapati mempunyai maksud yang sama .
Antara corak tatu tradisional bagi masyarakat Iban yang lain pula adalah ketam itit (motif gabungan ketam dan naga), renguang (sejenis serangga), kelam ketir dan sebagainya.
walaupun jumlah iban itu mungkin sudah mencecah angka 900000 org pd hari ini ( 18-12-2011) namun masarakat iban adalah masyarakat yang mundur dan tidak pintar, mereka tidak mampu menjadi pucuk pimpinan dan tidak mampu memerintah kerajaan negeri sarawak bah kan iban diperintah oleh '' melanau '' ( bangsa yang jauh lebih sedikit jumlah nya berbanding iban ) mengapa iban tidak pintar?
BalasPadammengapa kah iban yg banyak itu, diperintah oleh melanau yg sedikit itu?
tak malukah iban? apabila mereka diperintah perintah oleh melanau yang berjumlah sedikit itu???
tak sangka, iban itu tiada kepintaran.
woiii pukimak ...yg ko gi kutuk iban apasal..iban kalau mundur mesti dia x kerja kat stesen radio serawak ,,,yg kerja kt situ nampak mundur ke sial...kalau iban x pintar apasal org iban ada kerja sampai keluar negeri ...yg tu nampak mcm mundur lagi ke ...otak kau ada jangan letak kat lutut ...!
Padamrasanya mak bapak kau tak pernah didik kau dari kecik ..sebab tu kau kurang ajar ..kalau kau baik dengan org iban memang confirm org iban akan balas lagi baik ..tapi kalau kau cari pasal dengan org iban silap2 kepala kau diorang pancung bagi anjing makan ...kau faham tak ...aku dh perhati lama pasal komen kau tu ...baru harini aku balas sbb dh sakit hati sngat ...try la datang serawak lepas tu kau kutuk la salah sorang daripada mereka ..confirm x sempat lari kat airport mayat kau memang anjing dah makan awal2
PadamMcm mna nak jadi pemimpin menteri..skira urg iban ber agama kristen..melanau beragama melayu..pemimpin harus beragma islam..tu lah jabu ak numpang tak dpt..tetapi skira nyk smua bngsa dpt mnjadi mentri besar negri kn bagus..contoh singapor..tak kira agma spa pndai d yg pgang..ni tak???? Klau tak nma kmu bawa abdul atau bin..apa2 pun kita respect pda agma melayu...malaysia boleh!!!
PadamMcm mna nak jadi pemimpin menteri..skira urg iban ber agama kristen..melanau beragama melayu..pemimpin harus beragma islam..tu lah jabu ak numpang tak dpt..tetapi skira nyk smua bngsa dpt mnjadi mentri besar negri kn bagus..contoh singapor..tak kira agma spa pndai d yg pgang..ni tak???? Klau tak nma kmu bawa abdul atau bin..apa2 pun kita respect pda agma melayu...malaysia boleh!!!
PadamKomen mcm ni . Xspttnya ada . Pemikiran mcm ni harus kita hindari or hapuskn . Knpa nk komen gini? Apa yg bngsa mereka dh buat kat km? Rsanya xwajar utk komen mcm ni . Setiap bangsa atau individu ada kelebihan mreka sndri . Mgkn mreka bkn bangsa yg memimpin tp mreka bangsa yg bbudi bhsa n tau hormat n batas yg spttnya dijaga .
PadamSee u in hell
Padamtq krn mengomen.tunggu dan lihat.akan tiba masanya orang Iban akan bangkit semuala.Jangan hanya pandai mengkritik.sedarlah kita ini tggl di Malaysia.Siapa Raja segala Raja.Siapa yang berkuasa kita perlu hormat.Tidak payah la mengutuk bangsa orang.Perbaiki tutur bicara dan lihat dulu keadaan dirimu wahai saudari.sekian.
BalasPadamwahai ariellduka2....knapa kah anda mengata sesebuah bangsa tiada kepintaran?ada agama mu ajar mengutuk bangsa lain?1 malaysia.....selagi kita rasa aman...brlah....x kisah walau bangsa lain yg memerintah....kata2 mu trlalu sombong bagai kan tiada ajaran dan fikiran yg logik.....tidak ada guna kepintaran mu kalau tidak menghormati bangsa lain...
BalasPadam----from kadazanese,sabah.....the borneo culture society....
Terima kasih hiedara atas sokongan kamu.Tuahn senantiasa memberkati keamanan Borneo.
BalasPadamtidak semua bangsa iban itu mundur. ada jugak bangsa iban yang jauh lebih bagus daripada bangsa lain. Kita kembali kepada siapa kita, iaitu - "MANUSIA" , tak kira apa bangsa pun, kalau kita menjadi manusia yang mundur, mundurlah kita..begitu juga sebaliknya, kalau kita menjadi manusia yg pintar, maka, kita manusia yg pintar.. tidak kira apa bangsa kita.. kita sendiri yang memilih untuk menjadi orang yang bagaimana.. memperlekehkan, apatah lagi merendahkan bangsa atau individu lain adalah satu benda yang 'KURANG SIHAT' . Anda tidak layak menilai sesuatu bangsa itu dengan hanya berpandukan pendapat sendiri tanpa bukti ataupun kajian yang menyeluruh. Patriotism harus ada dalam diri, kita 1 bangsa= Bangsa Malaysia.. Tak kisah siapa yang jadi pemimpin, tapi, kenalah ada PERSAINGAN YANG SIHAT. So, hati2 lah dalam komen2 itu, yg penting kita terapkan rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain. _daripada_ ShaariMatajiAl-Haj ( Pure Malay Sarawak Man) tq.. we love (BorneoUnited) we love malaysia...hee , kan En.Alvester Bigol.. ;)
BalasPadamalvester..need to contact u...can u please leave ur mobile num?
BalasPadamsalam 1 Malaysia..saya perlukan pertolongan untuk mencari mklumat mgenai Industri Muzik Iban, ada yg sudi membantu...ini untuk kajian Thesis saya.
BalasPadamSaya cadangan saudari pergi k syarikat rakaman Lagu iban Dan interview manager or artis lama.moga saudari akn dpt maklumat.
Padamshalom.. saya memerlukan informasi yang lebih berkaitan tatu, dimana saya mengkaji tentang bagaimana mengkomersial seni tatu tanpa menjejaskan nilai tatu itu sendiri. oleh itu, saya ingin bertanya pendapat, selain daripada peranan teknologi, apakah sumber lain yang saya boleh guna? terima kasih..
BalasPadamsaya mencadangkan tuan harus mmpunyai hubungan yg baik dgn salah seorang yg mmpunyai Tatu asli.Dari situ tuan komersialkn seni tatu Dr aspek yg pelbagai trutama motif Dan UK Iran tatu trsebut.
Padaminformasi yang anda keluarkan ini amat bermakna di dalam kajian (tesis) saya. saya ingin mengambil tahu dengan lebih lanjut tentang tatu ini. sekarang, saya mencari maklumat tentang bagaimana cara untuk mengkomersialkan tatu masyarakat iban ini,tanpa menjejaskan nilainya yang sebenar. selain dari perbubahan teknologi, apakah cara lain yang boleh digunakan? terima kasih..
BalasPadamTrima kasih atas minat puan trhadap budaya iban.saya mncadangkan puan menganjurkan sebuah program ataupun festival peringkat antarabansa mnjemput semua penguasaha buat tatu .suruh mereka buat pameran Dan puan perlu buat kerjasama dgn pihak2 brrkaitan.
Padamapa khabr,saya seorang pelajar pra U,dan sya perlukan maklumat berkaitan dengan asal usul tatu masyarakat iban dgn lebih banyak..
BalasPadamAssalamualaikum..sy memerlukan maklumat tntang perbezaan sikap/pewatakan/cara hidup antara daerah di sarawak..terutama kuching miri..
BalasPadamTerima kasih
Assalamualaikum..sy memerlukan maklumat tntang perbezaan sikap/pewatakan/cara hidup antara daerah di sarawak..terutama kuching miri..
BalasPadamTerima kasih
Assalamualaikum..sy memerlukan maklumat tntang perbezaan sikap/pewatakan/cara hidup antara daerah di sarawak..terutama kuching miri..
BalasPadamTerima kasih
Saya adalah wakil ketua adat di sibu di kampung pendalaman Ulu Sungai Menyan, saya orang iban. Inilah pertama kali saya menggunakan teknologi baharu dan menemui pelbagai maklumat di google atau dari mana mana sumber tertentu yang dikongsikan pelbagai kaum di sarawak. Dan saya ingin menyatakan, maklumat yg dikongsikan beliau disini adalah sama sekali ada kesilapan sedikit. Untuk pengetahuan encik/puan. Di kepulauan borneo, kaum dayak adalah orang iban, bidayuh, kayan, kenyah, kelabit, lun bawang, penan, orang ulu. Dan kaum melanau, beketan, memaloh adalah bukan kaum dayak dan banyak lagi yg tidak dpt dinyatakan disini. Orang dayak pada mula nya berasal dari kalimantan dan berpindah sana sini untuk mencari rezeki, tempat tinggal, becucuk tanam, menuai padi dan sebagainya sehinggalah menetap disana sini dengan keluarga dan saudara mara yg lain. Disini saya ingin memberitahu, bahawa berpantan (bertatu) adalah adat iban pada masa dahulu sehingga lah sekarang dan pada masa moden ini. Berpantang tidak lagi diritualkn seperti dahulu, hanya untuk orang iban sahaja. Dan sekarang bertatu hanya lah dianggap sebagai seni ataupun art tattoo, sesiapa pun boleh memilikinya, kecuali perempuan (wanita) tidak boleh menggunakn tatu bungai terung, dan harus mengguna tatu wanita iban itu sendiri. Bermaksud wanita iban yg bertatu itu pandai bertenun, memasak, tanam padi dan sebagainya. Tatu bungai terung hanyalah digunakn pihak lelaki shja. Untuk kaum yg lain, memiliki tatu nya yg tersendiri dan tidak berbeza dgn tatu orang iban. Kesilapan diatas juga banyak dan ianya akan menjadi isu, kerana tidak menghormati. Disini saya betulkn " Bujang Berani Kempang , Lendat Dibiau Takang Isang “ . Akhir sekali saya mengatakan mengapa iban tak boleh memimpin negara ataupun negeri? Orang iban pada masa dahulu adalah pemimpim negeri sarawak dan borneo sebelum penjajahan dan kemerdekaan sarawak adalah dipegang orang dayak iban, iban mundur kerana tiada lagi mengayau (berperang) dan tidak dapat lagi memimpin seperti dahulu. Orang iban adalah penjaga negeri atau negara, tanah jika diserang oleh musuh dan tidak pernah takut. Dan sentiasa ingat akan masa silam aktiviti memburu kepala, walaupun sehingga skrg diharamkn dan tidak dilalukan lagi. Sebab negeri sarawak sudah merdeka, dan jika berlaku lagi peperangan. Orang iban yg selalu berdiam diri skrg pasti akan bangkit kembali jika peperang diistiharkn ataupun dijajah mana mana negara. Sarawak, pulau borneo aman sehingga kini kerana sudah merdeka dan tiada peperangan. Orang dayak di sarawak jangan dikatakan pendiam atau tidak melawan kerana tenang, jangan disangka tiada perasaan. Dayak harmoni dengan kaum sendiri dan kaum lain. Dan pada masa yg kita tidak sedar, kaum dayak iban akan memimpin semula jika terjadi peperangan atau penjajahan. Terima kasih dari saya dan datang lah ke sarawak, kami meng alau alu kan kedatangan anda semua. Jadilah pengembara, dan banyak lagi kisah kisah kehidupan orang disarawak dan perbezaan kehidupan di sarawak. Kami di rumah panjang masih lagi mengamalkan system kehidupan tradisional, ritual, aktiviti mencari hasil sumber makanan di hutan dan sungai. Banyak lagi yg tidak dapat dihuraikn disini. Sampai sini sahaja, terima kasih. Jika ada kesalahan yg masih anda tidak tahu, saya ingin minta maaf jika tidak dapat menghuraikan banyak lagi maklumat yg lain.
BalasPadamRasanya kamu sudah pun boleh dapat jawapan dari soalan yang kamu ingin sampaikan itu "Mengapa Iban Mundur?".Kamu sedar tak siapa pemimpin Negara? Iaitu "Melayu". Jadi Rasanya tak perlulah agaknya kamu tertanya-tanyakan lagi soalan yang begini.
BalasPadamboleh saya tahu proses mencacah tatu seperti bacaan mantera dan sebagainya
BalasPadam