Isnin, 31 Januari 2011

Filem Avatar Mempunyai kelas Tersendiri: Dimana Kelas Filem Kita?

Tulisan Ahmad Mafiz Hj Nordin tentang Filem Avatar mengenai “Pertembungan antara Teknologi dengan Sejarah” Majalah Dewan Masyarakat keluaran Febuari 2010 amat menarik perhatian. Penulis juga amat meminati filem terbaru arahan pengarah hebat iaitu James Cameron kerana dalam filem tersebut penuh dengan mesej dan idealogi pengarah.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah idelisme pengarah filem tersebut yang memanfaatkan kehebatan teknologi yang mereka ada untuk mencipta sebuah filem yang sewajrnya dikatakan hebat kerana mendapat sambutan yang amat mengkagumkan dalam masa yang sangat singkat. Dari segi kutipan tiket filem Avatar telah mencapai AS$ 1 bilion (RM 3.4 bilion) dalam masa 19 hari tayangan di pawagam seluruh dunia.

Persoalannya bila pula filem dari Malaysia mampu menebusi pasaran luar seperti filem Avatar. Kita juga menginginkan supaya Malaysia juga mempunyai filem-filem hebat seperti pengarah Hollywood buat. Negara Malaysia kalau dilihat dari segi sejarahnya sudah pastinya mampu mengalahkan sejarah negara Barat. Negara kita kaya dengan himpunan nilai sejarahnya yang agung. Adakah kerana kita tidak mempunyai pengarah yang betul-betul hebat menyebabkan kita tidak ada filem yang berapi-api dan berkualiti seperti filem Avatar.

Dalam negara kita sendiri masih kekurangan filem-filem sains fiksyen yang dihasilkan. Kebanyakan filem kita kaya dengan unsur seram dan komedi. Mungkin disitulah kelas filem kita yang akan terus kita saksikan kemunculannya sampai bila-bila. Kewujudan filem cicak Man 2 arahan pengarah yang berbakat iaitu Yusri KRU menunjukan peningkatan industri filem kita dalam penggunaan penggunaan Imej janaan Komputer (CGI) dan animasi 3D dan beberapa lagi software yang mampu mengangkat unsur kekaguman sesebuah filem.. Industri filem negara kita sememangnya sudah mempunyai peralatan-peralatan teknologi ini cuma kita masih tercari-cari penulis skrip yang pakar dalam menghasilkan skrip filem sains fiksyen.

Sebenarnya kita harus mencari inisiatif untuk mengangkat industri filem di negara kita supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan filem-filem Hollywood. Walaupun filem di negara kita mempunyai batas-batas tertentu dalam pembikinan dalam filem, namun hal sedemikian bukan penghalang untuk pengarah-pengarah baru dalam industry filem kita untuk terus gigih bangkit untuk mengasah parang yang sememangnya masih tumpul. Maka cabaran baru kita ialah mengasah senjata kita dengan teknologi dan kreativiti minda generasi muda. Penulis yakin industri filem di Malaysia akan pergi lebih jauh lagi berbanding dengan planet Pandora yang ada dalam filem Avatar pada masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan