Dewasa ini, wang dikatakan sangat berkuasa dan hampir menguasai segalanya. Adakah persoalan ini benar atau pun sebaliknya, kita sendiri yang tidak sedar bahawa kita sebagai pengguna sebenarnya dalam senyap telah menjadi hamba kepada nilai sehelai kertas yang dipanggil wang. Disini terungkainya cara perancangan kewangan masa hadapan, kita juga sepatutnya sudah bersedia bagaimana cara merancang, mengawal, memimpin dan menguasai minda kita untuk menguruskan kewangan kita suatu hari nanti.
Kelemahan pengguna menguasai ilmu kewangan adalah merupakan punca utama mengapa masalah kewangan sering menghantui jiwa pengguna. Malahan juga kehidupan segelintir pengguna yang bersikap materialistik menyebabkan mata mereka kabur dalam berbelanja. Sepatutnya pengguna sedar bahawa wang sangat senang keluar tetapi sangat berkeringat untuk memperolehinya. Contohnya sikap pengguna yang materialistik sering dilema dengan masalah kewangan ialah golongan pengguna yang baru berumah tangga iaitu dalam lingkungan umur 24 hingga 30 tahun.
Pada peringkat umur pertengahan ini naluri segelintir pengguna ialah suka bersaing dan berkeingian untuk dilihat untuk senang. Malahan juga jiwa pengguna pada usia ini berasa segan dengan cara hidup sederhana. Oleh itu, pengguna begini akan berbelanja mengikut kemahuan diri bila sudah menerima gaji. Mereka tidak sedar yang berbelanja sesuka hati akan memberi kesan kepada masa depan dan juga turut mempengaruhi keadaan ekonomi dunia. Namun tidak dinafikan juga yang wang tersebut sangat penting dan umpama nyawa pengguna kemana sahaja pergi pada masa kini dan pada masa depan. Misalnya, perkhidmatan tandas sahaja kita sedia maklum, untuk masuk mesti membayar wang dahulu iaitu sebanyak RM 0.20 dan RM 0.30 sekali masuk. Betapa wang itu sangat berguna pada masa sekarang tak kira untuk perkara kecil mahu pun perkara besar.
Selain itu juga kelemahan pengguna masa kini yang perlu diubah ialah sikap leka dan ambil lewa dengan nilai mata wang. Misalnya jika seorang pengguna itu berpendapatan besar maka dia akan berbelanja besar. Segelintir pengguna membeli kereta mewah sampai 2 dan 3 buah. Keburukannya ialah membazir wang dengan membeli minyak petrol kerana kereta mewah sangat kuat mengunakan bahan bakar di dalam enjin kereta kerana terlalu laju bila bergerak di atas jalan raya. Malahan juga mata wang kecil seperti syiling adalah tidak digunakan dan diampai begitu sahaja.
Sikap pengguna seperti ini sebenarnya sangat bongkak dan tidak menghargai rezeki yang ada di depan mata. Bagi menangani masalah ini pengguna harus menggunakan duit syiling tersebut untuk mendidik anak-anak menguruskan wang dengan berjimat seperti menanamkan budaya menabung dalam kalangan anak-anak mereka. Bagi pengguna yang banyak duit pula, tidak perlu membeli kereta mewah yang banyak. Belilah kereta buatan Malaysia seperti proton Wira, Saga, Waja, Exora, produa seperti kancil, kelisa dan banyak lagi kereta butan tempatan yang lebih jimat dari segi perbelanjaan minyak petrol.
Dalam institusi keluarga pula amat penting seorang bapa mendidik anak-anak menjadi seorang pengguna yang bijak dalam berbelanja. Ketua keluarga adalah contoh kepada anak dan mengajar mereka bagaimana menguruskan wang yang terhad jika pendapatan bulanan seorang bapa adalah kurang daripada RM 1000.00. Elakkan daripada membeli barang-barang yang mahal dan berjenama daripada luar negara. Jika membeli sesuatu barang bapa perlu mengajar anak-anak memilih barang yang betul-betul berkualiti dan juga perlu bijak menilai bahawa bukan hanya barang yang tinggi harga sahaja berkualiti. Pada hakikatnya terdapat barang yang rendah harga juga ada yang berkualiti dan tahan lama dipakai oleh pengguna. Kes ini amat menuntut kebijaksanaan pengguna menjadi pemerhati dan pengamatan dalam menilai kualiti sesuatu barangan yang terdapat di pasaran.
Untuk mengelakkan wang pengguna kurang keluar dari poket adalah dengan mengurangkan aktiviti ataupun masa lapang mereka untuk pergi ke pusat membeli belah. Pada masa lapang tersebut pengguna boleh mengisinya dengan bersukan seperti bermain bola, joging, dan bersukaneka ataupun pergi ke pantai dengan menikmati keindahan alam semulajadi. Dalam pada itu, pengguna juga dapat memancing dan bermain di pantai pada masa lapang dan ini amat berkesan mengelakkan pengguna menghabiskan wang dengan berbelanja di pusat membeli belah. Faedah mengisi masa lapang dengan bersantai begini membantu pengguna membina tubuh badan yang sihat, malahan juga masalah tekanan kerja dan masalah kewangan pun mampu diatasi oleh pengguna.
Untuk berbelanja pada masa depan pengguna perlu peka melihat keadaan semasa iaitu mencari dimana ada tempat promosi atau jualan murah. Hal ini sangat membantu pengguna tidak berbelanja besar dan membeli barang mengikut harga asal yang terlampau mahal. Kita sedia maklum bahawa di Malaysia berlampau banyak pusat membeli belah yang ada misalnya Kuala Lumpur City Centre di Kuala Lumpur, The Spring dan Boulevard di Kuching,Sarawak dan Centre Point serta One Borneo di Sabah. Tempat-tempat membeli belah ini sangat digemari dan sentiasa dikunjungi oleh pengguna. Pengguna sentiasa tertunggu-tunggu gaji pada hujung bulan untuk pergi berbelanja. Sebelum pergi keluar pengguna perlulah menyenaraikan barangan yang hendak dbeli dan yang betul-betul penting sahaja.
Pada masa hadapan juga pengguna harus mengelakkan diri daripada menggunakan kad kredit. Hal ini kerana kad kredit sebenarnya adalah merupakan beban yang menyebabkan pengguna sentiasa berhutang dengan bank. Sekiranya mempunyai kad kredit pengguna akan tidak takut dalam berbelanja kerana wang dalam kad kredit menjamin pengguna dalam membeli barang yang mahal jika wang dalam akaun sendiri sudah habis. Sebaiknya pada masa depan kad kredit diharamkan kerana berhutang sebenarnya tidak digalakkkan di sisi agama Islam itu sendiri. Tambahan lagi jika hutang kad keredit itu tidak mampu dibayar maka faedahnya akan semakin bertambah dan ini akan lebih menyusahkan pengguna itu sendiri.
Pengguna seharusnya mengamalkan hidup lebih berjimat sekiranya mempunyai pendapatan yang tidak besar. Pengguna harus pandai membahagikan sejumlah wang yang ada bersesuaian dengan jumlah hari yang ada pada setiap bulan. Dalam pada itu juga bagi kalangan ibu bapa pula, jangan terlampau berjimat sehingga mengabaikan tanggungjawab memberikan wang saku kepada anak-anak yang bersekolah. Wang saku anak-anak juga perlu dibahagi sepatutnya iaitu tidak terlalu banyak sesuai dengan keperluan mereka. Hal ini adalah mengelakkan anak-anak yang dibawah umur terdedah dengan budaya boros.
Pengguna juga pada masa hadapan juga harus mengamalkan balik sistem berter bersesuian dengan keadaan semasa. Misalnya di kawasan pendalaman, pengguna amat sesuai menggunakan kembali sistem barter iaitu sistem bertukar-tukar tanpa melibatkan mata wang. Antara barang yang sesuai ditukar adalah seperti beras, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, serta barangan keperluan harian yang lain yang diperolehi daripada hutan. Manakala di kawasan bandar pula, amalan saling memberi makanan sesama jiran amat bagus dengan sejajar konsep 1 Malaysia yang diperkenalakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika amalan ini digunakan pada masa depan maka masyarakat kita tidak akan menghadapi masalah beban kewangan untuk mendapatkan sesuatu barang yang dikehendaki. Walau bagaimana pun sistem ini perlu digunakan dengan adil. Maksudnya ialah barang yang ditukar adalah biarlah sama-sama mendapat persetujuan diantara kedua-dua belah pihak. Jika persetujuan sudah tercapai oleh dua pihak maka tiada kesangsian dalam menilai keadailan suatu nilai barangan yang dikehendaki masing-masing.
Jika kita perhatikan sekarang masalah yang melanda masyarakat dunia ialah kegawatan ekonomi dunia. Hal ini amat menuntut kebijaksanaan pengguna dalam mengatur perbelanjaan. Berjimat dalam berbelanja amat perlu supaya keparahan keadaan pasaran dunia akan terubat. Harga barangan di pasaran juga pada masa sekarang melambung naik dan terdapat pemborong-pemborong yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan. Jika pengguna sedar hal ini berlaku maka jangan ragu untuk melaporkan kepada badan-badan yang bertanggungjawab dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya nasib pengguna akan terbela dan tidak terus diekploitasikan oleh pemborong atau peruncit.
Bagi golongan kanak-kanak yang berumur dalam likungan bawah 6 tahun. Sebaiknya jangan galakkan mereka memegang wang kerana jika mereka sudah tahu wang tersebut boleh digunakan untuk membeli keropok atau pun gula-gula. Maka kanak-kanak ini akan sering meminta wang daripada ibu bapa tanpa sedar yang ibu bapa mereka ada mempunyai wang atau pun tidak. Hal ini akan menyebabkan kewangan mereka yang berpendapatan rendah akan terganggu kerana karenah anak-anak. Natijahnya pada umur ini anak-anak tidak payah diperkenalkan kepada wang dan hanya perlu dibahagi apa yang mereka perlkan seperti pakaian, makanan, barangan permainan, makan ringan yang mereka suka dan lain-lain keperluan.
Bagi golongan kanak yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun pula, wang yang diberikan kepada mereka haruslah berbaloi dan tidak melampau keperluan. Kita sedia maklum bahawa pada usia ini kanak-kanak ini sudah bersekolah dan jumlah wang mereka perlukan juga tidak pernah melebihi RM 5.00 satu hari. Mereka hanya memerlukan wang lebih ketika masa pendaftaran dan jika disuruh oleh guru untuk membeli buku-buku rujukan. Jika anak-anak pada usia ini dibahagi wang terlampau banyak misal mencecah nilai RM 10.00, maka ini akan menggalakkan anak mereka akan menjadi seorang yang boros apabila sudah dewasa suatu hari nanti.
Bagi anak yang berusia 13 hingga 20 tahun, mereka ini sudah digelar remaja dan mereka ini sudah tahu mengatur kewangan sendiri. Mereka harus diberi wang yang lebih, misalnya boleh diberi secara bulanan iaitu sebanyak RM 100.00 hingga RM 200.00 satu bulan. Kebaikan cara ini adalah supaya menggelakkkan remaja daripada mendapatkan wang dari sumber yang tidak sepatutnya seperti meminjam dari Along, Ceti haram, mencuri, merompak, meragut, memeras ugut atau sebagainya yang boleh membawa kepada kesalahan jenayah. Perkara-perkara seperti ini haruslah dielakkan berlaku dengan penhurusan kewangan yang berkesan ini. Maka inilah perana pengguna yang sudah bergelar ibu bapa supaya menanganinya dengan memberi belanja kewangan yang mencukupi kepada anak-anak mereka.
Golongan dewasa pula iaitu pengguna yang berumur dari 21 tahun ke atas perlu merancang perbelanjaan yang baik adalah dengan menyimpan wang yang lebih di akaun masing-masing. Hal ini kerana kebanyakan pengguna dalam likungan umur ini ialah golongan pengguna yang telah mempunyai pekerjaan masing-masing. Baik yang berkerja di sektor awam mahu pun di sektor swasta. Cara golongan ini merancangan perbelanjaan mereka ialah dengan menyuruh isteri mereka menjaga separuh daripada wang hasil gaji mereka bagi mereka yang sudah berumah tangga. Tujuannya ialah supaya mengelakkan suami mereka pergi ke tempat yang tidak sihat seperti segelintirnya yang suka berfoya-foya menghabiskan duit mereka dengan berbelanja di tempat-tempat yang tidak berfaedah seperti kelab malam atau pun pusat-pusat maksiat serta tempat-tempat pejudian.
Kebaikan isteri menjaga kewangan rumah tangga juga adalah mampu mengelakkan suami mereka membelanjakan duit dengan perjudian yang haram seperti bermain loteri atau membeli nombor ekor. Hal ini kerana perjudian itu adalah salah disisi agama dan tidak baik jika wang hasil daripada perjudian digunakan untuk menyara keluarga. Walau pun wang adalah segalanya dalam hidup namun kita kita tidak harus mencari wang dengan cara yang tidak elok. Cara yang terbaik ialah kita mencari wang dengan titil peluh kita sendiri dan jagalah makan minum keluarga secukupnya dan bagi golongan yang belum berumah tangga pula, harus memberi wang kepada ibu bapa yang tidak mampu bekerja dan juga jaga mereka sebaiknya.
Cara seterusnya untuk mengurus kewangan masa depan ialah hanya membeli barang-barang buatan tempatan. Barangan tempatan yang lebih murah berbandingan barangan import. Jika kita membeli barangan tempatan juga secara tidak langsung kita telah membantu ekonomi kita daripada wang negara keluar ke bank pelabur asing. Hal ini kerana barang-barang yang diimport dari luar negara kebayakkannya adalah berjenama dan berharga mahal. Misalnya barang-barang yang berjenama dari luar negara adalah seperti Nike, Levis, Adidas, Mizuno, Diadora dan banyal lagi. Sekarang ini berlambak barangan import di pasaran dan pengguna seharusnya pandai membezakan antara barangan buatan tempatan dengan barangan dari negara asing. Jika pengguna hanya menggunakan wang mereka untuk membeli barangan buatan tempatan maka mereka telah berjaya daripada berbelanja besar. Hal ini membantu pengguna lebih berjimat dari sebelumnya iaitu gemar membeli barangan import yang nampak lebih cantik namun telah menyumbang kepada kehilangan wang pengguna yang besar kepada pelabur asing.
Pihak sekolah khususnya para guru harus membentuk minda pelajar bagaimana berbelanja dengan bijak iaitu dengan mengadakan “kempen RM 2.00 satu hari”. Pihak sekolah juga harus menggesa penjual makanan untuk menurunkan harga nasi, misalnya lemak hanya berharga RM 1.00 satu bungkus. Hal ini akan membantu pelajar berjimat dalam mengatur belanja dan ibu bapa pula tidak perlu risau akan keprluan kewangan anak-anak mereka di sekolah. Wang saku untuk anak di sekolah juga boleh dikurangkan iaitu tidak melebihi RM 5.00 sehari.
Cara yang terbaik untuk menguruskan kewangan bagi sebuah keluarga ialah pengeluaran kewangan hanya dipegang oleh seorang iaitu ketua keluarga sahaja. Kebiasaanya ialah bapa harus bertanggungjawab memberi wang kepada ahli keluarga yang memerlukan seperti memberi wang kegunaan isteri dan anak-anak. Sebagai ketua kelurga juga seorang bapa harus menyediakan keperluan sas yang sangat penting untuk bilangan anak yang ramai seperti membeli rumah sebagai tempat tinggal anak-anak bila sudah berumah tangga. Hal ini mampu dibuat sekiranya pengguna tersebut seorang yang berpendapatan lumayan. Misalnya mereka yang bekerja sebagai pensyarah, doktor, peguam, pemilik-pemilik syarikat besar dan pengguna-pengguna yang bergerak Datuk.
Walaupun ada segelintir keluarga kita yang kedua ibu bapa yang sama bekerja mencari rezeki atau memang mempunyai pekerjaan yang tetap. Contonya, suami isteri yang bekerja sebagai guru, doktor, polis, tentara dan banyak lagi yang menemukan jodoh yang sam di tempat kerja. Wang yang diterima pada hujung bulan harus dikumpul bersama-sama dan dikira keseluruhannya bagi menyenagkan proses perancangan perbelanjaan. Selepas itu ketua keluarga iaitu bapa harus membahagikan wang tersebut mengikut keperluan keluarga sepanjang bulan.
Jika wang tersebut tidak cukup untuk membayar keperluan maka barang yang paling penting perlu diutamakan seperti keperluan dapur dan wang saku anak-anak serta makan minum mereka di tempat kerja. Manakala, jika wang perbelanjaan satu bulan itu ada yang lebih ini sangat bagus kerana baki tersebut boleh dibawa untuk perbelanjaan ke bulan seterusnya atau disimpan di dalam bank sebagai jaminan pada masa depan.
Pengguna sekarang seharusnya berbelanja tidak mengikut nafsu semata-mata. Hal ini sangat merbahaya kerana setiap pembelian di pasaran adalah akan mempengaruhi kuasa jualan beli pasaran. Kuasa jual beli akan menyebabkan harga barangan menjadi naik ataupun turun. Misalnya sebuah barangan yang baru dikeluarkan di pasaran iaitu komputer riba berjenama Dell.
Jika permintaan kurang daripada pengguna maka berkemungkinan komputer riba ini akan diturunkan harga untuk menarik pelanggan dan untuk tujuan menghabiskan stok di pasaran. Jika barangan makanan pula, stok makanan tersebut perlu dihabiskan sebelum tarikh luputnya supaya syarikat yang menjual suatu barangan itu kurang menanggung kerugian. Jika pengguna sangat menyukai sesuatu barangan misalnya Mee Sedap, makanan Mee sedap akan dinaikan harga kerana permintaan ramai daripada pengguna. Hal ini akan menguntungkan peniaga pada masa sekarang.
Buktinya iaitu kita boleh melihat barang yang runcit yang kecil seperti harga Maggi sekarang iaitu harga Mee sedap di pasaran sudah mencecah harga RM 4.00. Kalau dahulu semua Maggi dalam bungkus adalah tidak melebihi harga RM 3.00. Disebabkan kenaikan harga tepung telah memberi kesan kepada barang makanan yang diperbuatnya melambung naik harga.Natijahnya, kenaikan harga sesuatu barangan adalah dipengaruhi oleh pengguna sendiri serta bergntung kepada susah senang sesuatu bahan mentah tersebut diperolehi. Jadi pengguna harus berjaga-jaga dalam membeli barang di pasaran supaya harga barang tidak dinaikan secara mendadak dan penggua juga akan mampu membeli barangan runcit dengan murah pada masa depan. Wang yang lebih pula dapat disimpan di dalam bank untuk jaminan pada masa depan.
Wang mampu mengubah apa sahaja yang ada muka bumi. Malahan juga akal fikiran manusia juga boleh dibeli dengan wang. Manusia boleh dinilai dengan wang untuk menunjukkan dia seorang yang berharga atau pun tidak. Contohnya manusia yang termahal sekarang adalah pemain bola sepak Portugal iaitu Christiano Ronaldo yang dibeli oleh kelab bola sepak Real Madrid, Sepanyol dari Manchester United, England dengan harga 80 juta Dolar.
Kes ini dapat membuktika kepada kita dengan jelas cara seorang pengurus pasukan bola sepak yang bijak menguruskan wang akan mampu memperolehi pemain yang berkelas dunia yang berkualiti seprti Christiano Ronaldo dan Kaka. Pada masa depan kelab ini sangat senang memperolehi wang kerana sudah pasti pemain yang bagus begini akan dibeli oleh kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya untuk kelab bola sepak mereka. Mereka menyimpan pemain yang bagus begitu sebagai pelaburan masa depan dan ini merupakan cara yang terbaik juga bagaimana kita menguruskan wang yang banyak.
Kesimpulannya, terlalu bayak kaedah untuk kita mengurus kewangan kita di masa hadapan iaitu bergantung dengan wang yang ada pada setipa individu atau pun pengguna. Perancangan kewangan yang teliti dan teratur mampu menghasilkan kita membuat poelaburan kepada sesuatu barangan atau benda yang kita beli atau simpan. Misalnya barang-barang kemas, kereta, rumah pemain bola sepak yang profesional, oarang yang berilmu seperti pakar-pakar motivasi dan banyak lagi perkara yang boleh menghasilkan wang pada masa depan. Hala tuju wang adalah bermula dari tangan pengguna dan berakhir di tangan pengguna juga. Perkara yang menyebabkan orang itu berbeza adalah jumlah wang dimilikinya. Walau bagaimana pun pengguna seharusnya berjimat semasa masih kaya kerana wang itu boleh habis sekelip mata jika mereka mengamalkan budaya boros dan tamak harta bila berbelanja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan