Tulisan Ahmad Mafiz Hj Nordin tentang Filem Avatar mengenai “Pertembungan antara Teknologi dengan Sejarah” Majalah Dewan Masyarakat keluaran Febuari 2010 amat menarik perhatian. Penulis juga amat meminati filem terbaru arahan pengarah hebat iaitu James Cameron kerana dalam filem tersebut penuh dengan mesej dan idealogi pengarah.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah idelisme pengarah filem tersebut yang memanfaatkan kehebatan teknologi yang mereka ada untuk mencipta sebuah filem yang sewajrnya dikatakan hebat kerana mendapat sambutan yang amat mengkagumkan dalam masa yang sangat singkat. Dari segi kutipan tiket filem Avatar telah mencapai AS$ 1 bilion (RM 3.4 bilion) dalam masa 19 hari tayangan di pawagam seluruh dunia.
Persoalannya bila pula filem dari Malaysia mampu menebusi pasaran luar seperti filem Avatar. Kita juga menginginkan supaya Malaysia juga mempunyai filem-filem hebat seperti pengarah Hollywood buat. Negara Malaysia kalau dilihat dari segi sejarahnya sudah pastinya mampu mengalahkan sejarah negara Barat. Negara kita kaya dengan himpunan nilai sejarahnya yang agung. Adakah kerana kita tidak mempunyai pengarah yang betul-betul hebat menyebabkan kita tidak ada filem yang berapi-api dan berkualiti seperti filem Avatar.
Dalam negara kita sendiri masih kekurangan filem-filem sains fiksyen yang dihasilkan. Kebanyakan filem kita kaya dengan unsur seram dan komedi. Mungkin disitulah kelas filem kita yang akan terus kita saksikan kemunculannya sampai bila-bila. Kewujudan filem cicak Man 2 arahan pengarah yang berbakat iaitu Yusri KRU menunjukan peningkatan industri filem kita dalam penggunaan penggunaan Imej janaan Komputer (CGI) dan animasi 3D dan beberapa lagi software yang mampu mengangkat unsur kekaguman sesebuah filem.. Industri filem negara kita sememangnya sudah mempunyai peralatan-peralatan teknologi ini cuma kita masih tercari-cari penulis skrip yang pakar dalam menghasilkan skrip filem sains fiksyen.
Sebenarnya kita harus mencari inisiatif untuk mengangkat industri filem di negara kita supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan filem-filem Hollywood. Walaupun filem di negara kita mempunyai batas-batas tertentu dalam pembikinan dalam filem, namun hal sedemikian bukan penghalang untuk pengarah-pengarah baru dalam industry filem kita untuk terus gigih bangkit untuk mengasah parang yang sememangnya masih tumpul. Maka cabaran baru kita ialah mengasah senjata kita dengan teknologi dan kreativiti minda generasi muda. Penulis yakin industri filem di Malaysia akan pergi lebih jauh lagi berbanding dengan planet Pandora yang ada dalam filem Avatar pada masa yang akan datang.
Selamat berkorban untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup.Hidup ni tak ada maknanya kalau tak sanggup berkorban. Orang yang sanggup berkorban selalunya lebih berjaya hidupnya.
Isnin, 31 Januari 2011
ISU PENGGUNA : PERANCANGAN KEWANGAN MASA DEPAN
Dewasa ini, wang dikatakan sangat berkuasa dan hampir menguasai segalanya. Adakah persoalan ini benar atau pun sebaliknya, kita sendiri yang tidak sedar bahawa kita sebagai pengguna sebenarnya dalam senyap telah menjadi hamba kepada nilai sehelai kertas yang dipanggil wang. Disini terungkainya cara perancangan kewangan masa hadapan, kita juga sepatutnya sudah bersedia bagaimana cara merancang, mengawal, memimpin dan menguasai minda kita untuk menguruskan kewangan kita suatu hari nanti.
Kelemahan pengguna menguasai ilmu kewangan adalah merupakan punca utama mengapa masalah kewangan sering menghantui jiwa pengguna. Malahan juga kehidupan segelintir pengguna yang bersikap materialistik menyebabkan mata mereka kabur dalam berbelanja. Sepatutnya pengguna sedar bahawa wang sangat senang keluar tetapi sangat berkeringat untuk memperolehinya. Contohnya sikap pengguna yang materialistik sering dilema dengan masalah kewangan ialah golongan pengguna yang baru berumah tangga iaitu dalam lingkungan umur 24 hingga 30 tahun.
Pada peringkat umur pertengahan ini naluri segelintir pengguna ialah suka bersaing dan berkeingian untuk dilihat untuk senang. Malahan juga jiwa pengguna pada usia ini berasa segan dengan cara hidup sederhana. Oleh itu, pengguna begini akan berbelanja mengikut kemahuan diri bila sudah menerima gaji. Mereka tidak sedar yang berbelanja sesuka hati akan memberi kesan kepada masa depan dan juga turut mempengaruhi keadaan ekonomi dunia. Namun tidak dinafikan juga yang wang tersebut sangat penting dan umpama nyawa pengguna kemana sahaja pergi pada masa kini dan pada masa depan. Misalnya, perkhidmatan tandas sahaja kita sedia maklum, untuk masuk mesti membayar wang dahulu iaitu sebanyak RM 0.20 dan RM 0.30 sekali masuk. Betapa wang itu sangat berguna pada masa sekarang tak kira untuk perkara kecil mahu pun perkara besar.
Selain itu juga kelemahan pengguna masa kini yang perlu diubah ialah sikap leka dan ambil lewa dengan nilai mata wang. Misalnya jika seorang pengguna itu berpendapatan besar maka dia akan berbelanja besar. Segelintir pengguna membeli kereta mewah sampai 2 dan 3 buah. Keburukannya ialah membazir wang dengan membeli minyak petrol kerana kereta mewah sangat kuat mengunakan bahan bakar di dalam enjin kereta kerana terlalu laju bila bergerak di atas jalan raya. Malahan juga mata wang kecil seperti syiling adalah tidak digunakan dan diampai begitu sahaja.
Sikap pengguna seperti ini sebenarnya sangat bongkak dan tidak menghargai rezeki yang ada di depan mata. Bagi menangani masalah ini pengguna harus menggunakan duit syiling tersebut untuk mendidik anak-anak menguruskan wang dengan berjimat seperti menanamkan budaya menabung dalam kalangan anak-anak mereka. Bagi pengguna yang banyak duit pula, tidak perlu membeli kereta mewah yang banyak. Belilah kereta buatan Malaysia seperti proton Wira, Saga, Waja, Exora, produa seperti kancil, kelisa dan banyak lagi kereta butan tempatan yang lebih jimat dari segi perbelanjaan minyak petrol.
Dalam institusi keluarga pula amat penting seorang bapa mendidik anak-anak menjadi seorang pengguna yang bijak dalam berbelanja. Ketua keluarga adalah contoh kepada anak dan mengajar mereka bagaimana menguruskan wang yang terhad jika pendapatan bulanan seorang bapa adalah kurang daripada RM 1000.00. Elakkan daripada membeli barang-barang yang mahal dan berjenama daripada luar negara. Jika membeli sesuatu barang bapa perlu mengajar anak-anak memilih barang yang betul-betul berkualiti dan juga perlu bijak menilai bahawa bukan hanya barang yang tinggi harga sahaja berkualiti. Pada hakikatnya terdapat barang yang rendah harga juga ada yang berkualiti dan tahan lama dipakai oleh pengguna. Kes ini amat menuntut kebijaksanaan pengguna menjadi pemerhati dan pengamatan dalam menilai kualiti sesuatu barangan yang terdapat di pasaran.
Untuk mengelakkan wang pengguna kurang keluar dari poket adalah dengan mengurangkan aktiviti ataupun masa lapang mereka untuk pergi ke pusat membeli belah. Pada masa lapang tersebut pengguna boleh mengisinya dengan bersukan seperti bermain bola, joging, dan bersukaneka ataupun pergi ke pantai dengan menikmati keindahan alam semulajadi. Dalam pada itu, pengguna juga dapat memancing dan bermain di pantai pada masa lapang dan ini amat berkesan mengelakkan pengguna menghabiskan wang dengan berbelanja di pusat membeli belah. Faedah mengisi masa lapang dengan bersantai begini membantu pengguna membina tubuh badan yang sihat, malahan juga masalah tekanan kerja dan masalah kewangan pun mampu diatasi oleh pengguna.
Untuk berbelanja pada masa depan pengguna perlu peka melihat keadaan semasa iaitu mencari dimana ada tempat promosi atau jualan murah. Hal ini sangat membantu pengguna tidak berbelanja besar dan membeli barang mengikut harga asal yang terlampau mahal. Kita sedia maklum bahawa di Malaysia berlampau banyak pusat membeli belah yang ada misalnya Kuala Lumpur City Centre di Kuala Lumpur, The Spring dan Boulevard di Kuching,Sarawak dan Centre Point serta One Borneo di Sabah. Tempat-tempat membeli belah ini sangat digemari dan sentiasa dikunjungi oleh pengguna. Pengguna sentiasa tertunggu-tunggu gaji pada hujung bulan untuk pergi berbelanja. Sebelum pergi keluar pengguna perlulah menyenaraikan barangan yang hendak dbeli dan yang betul-betul penting sahaja.
Pada masa hadapan juga pengguna harus mengelakkan diri daripada menggunakan kad kredit. Hal ini kerana kad kredit sebenarnya adalah merupakan beban yang menyebabkan pengguna sentiasa berhutang dengan bank. Sekiranya mempunyai kad kredit pengguna akan tidak takut dalam berbelanja kerana wang dalam kad kredit menjamin pengguna dalam membeli barang yang mahal jika wang dalam akaun sendiri sudah habis. Sebaiknya pada masa depan kad kredit diharamkan kerana berhutang sebenarnya tidak digalakkkan di sisi agama Islam itu sendiri. Tambahan lagi jika hutang kad keredit itu tidak mampu dibayar maka faedahnya akan semakin bertambah dan ini akan lebih menyusahkan pengguna itu sendiri.
Pengguna seharusnya mengamalkan hidup lebih berjimat sekiranya mempunyai pendapatan yang tidak besar. Pengguna harus pandai membahagikan sejumlah wang yang ada bersesuaian dengan jumlah hari yang ada pada setiap bulan. Dalam pada itu juga bagi kalangan ibu bapa pula, jangan terlampau berjimat sehingga mengabaikan tanggungjawab memberikan wang saku kepada anak-anak yang bersekolah. Wang saku anak-anak juga perlu dibahagi sepatutnya iaitu tidak terlalu banyak sesuai dengan keperluan mereka. Hal ini adalah mengelakkan anak-anak yang dibawah umur terdedah dengan budaya boros.
Pengguna juga pada masa hadapan juga harus mengamalkan balik sistem berter bersesuian dengan keadaan semasa. Misalnya di kawasan pendalaman, pengguna amat sesuai menggunakan kembali sistem barter iaitu sistem bertukar-tukar tanpa melibatkan mata wang. Antara barang yang sesuai ditukar adalah seperti beras, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, serta barangan keperluan harian yang lain yang diperolehi daripada hutan. Manakala di kawasan bandar pula, amalan saling memberi makanan sesama jiran amat bagus dengan sejajar konsep 1 Malaysia yang diperkenalakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika amalan ini digunakan pada masa depan maka masyarakat kita tidak akan menghadapi masalah beban kewangan untuk mendapatkan sesuatu barang yang dikehendaki. Walau bagaimana pun sistem ini perlu digunakan dengan adil. Maksudnya ialah barang yang ditukar adalah biarlah sama-sama mendapat persetujuan diantara kedua-dua belah pihak. Jika persetujuan sudah tercapai oleh dua pihak maka tiada kesangsian dalam menilai keadailan suatu nilai barangan yang dikehendaki masing-masing.
Jika kita perhatikan sekarang masalah yang melanda masyarakat dunia ialah kegawatan ekonomi dunia. Hal ini amat menuntut kebijaksanaan pengguna dalam mengatur perbelanjaan. Berjimat dalam berbelanja amat perlu supaya keparahan keadaan pasaran dunia akan terubat. Harga barangan di pasaran juga pada masa sekarang melambung naik dan terdapat pemborong-pemborong yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan. Jika pengguna sedar hal ini berlaku maka jangan ragu untuk melaporkan kepada badan-badan yang bertanggungjawab dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya nasib pengguna akan terbela dan tidak terus diekploitasikan oleh pemborong atau peruncit.
Bagi golongan kanak-kanak yang berumur dalam likungan bawah 6 tahun. Sebaiknya jangan galakkan mereka memegang wang kerana jika mereka sudah tahu wang tersebut boleh digunakan untuk membeli keropok atau pun gula-gula. Maka kanak-kanak ini akan sering meminta wang daripada ibu bapa tanpa sedar yang ibu bapa mereka ada mempunyai wang atau pun tidak. Hal ini akan menyebabkan kewangan mereka yang berpendapatan rendah akan terganggu kerana karenah anak-anak. Natijahnya pada umur ini anak-anak tidak payah diperkenalkan kepada wang dan hanya perlu dibahagi apa yang mereka perlkan seperti pakaian, makanan, barangan permainan, makan ringan yang mereka suka dan lain-lain keperluan.
Bagi golongan kanak yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun pula, wang yang diberikan kepada mereka haruslah berbaloi dan tidak melampau keperluan. Kita sedia maklum bahawa pada usia ini kanak-kanak ini sudah bersekolah dan jumlah wang mereka perlukan juga tidak pernah melebihi RM 5.00 satu hari. Mereka hanya memerlukan wang lebih ketika masa pendaftaran dan jika disuruh oleh guru untuk membeli buku-buku rujukan. Jika anak-anak pada usia ini dibahagi wang terlampau banyak misal mencecah nilai RM 10.00, maka ini akan menggalakkan anak mereka akan menjadi seorang yang boros apabila sudah dewasa suatu hari nanti.
Bagi anak yang berusia 13 hingga 20 tahun, mereka ini sudah digelar remaja dan mereka ini sudah tahu mengatur kewangan sendiri. Mereka harus diberi wang yang lebih, misalnya boleh diberi secara bulanan iaitu sebanyak RM 100.00 hingga RM 200.00 satu bulan. Kebaikan cara ini adalah supaya menggelakkkan remaja daripada mendapatkan wang dari sumber yang tidak sepatutnya seperti meminjam dari Along, Ceti haram, mencuri, merompak, meragut, memeras ugut atau sebagainya yang boleh membawa kepada kesalahan jenayah. Perkara-perkara seperti ini haruslah dielakkan berlaku dengan penhurusan kewangan yang berkesan ini. Maka inilah perana pengguna yang sudah bergelar ibu bapa supaya menanganinya dengan memberi belanja kewangan yang mencukupi kepada anak-anak mereka.
Golongan dewasa pula iaitu pengguna yang berumur dari 21 tahun ke atas perlu merancang perbelanjaan yang baik adalah dengan menyimpan wang yang lebih di akaun masing-masing. Hal ini kerana kebanyakan pengguna dalam likungan umur ini ialah golongan pengguna yang telah mempunyai pekerjaan masing-masing. Baik yang berkerja di sektor awam mahu pun di sektor swasta. Cara golongan ini merancangan perbelanjaan mereka ialah dengan menyuruh isteri mereka menjaga separuh daripada wang hasil gaji mereka bagi mereka yang sudah berumah tangga. Tujuannya ialah supaya mengelakkan suami mereka pergi ke tempat yang tidak sihat seperti segelintirnya yang suka berfoya-foya menghabiskan duit mereka dengan berbelanja di tempat-tempat yang tidak berfaedah seperti kelab malam atau pun pusat-pusat maksiat serta tempat-tempat pejudian.
Kebaikan isteri menjaga kewangan rumah tangga juga adalah mampu mengelakkan suami mereka membelanjakan duit dengan perjudian yang haram seperti bermain loteri atau membeli nombor ekor. Hal ini kerana perjudian itu adalah salah disisi agama dan tidak baik jika wang hasil daripada perjudian digunakan untuk menyara keluarga. Walau pun wang adalah segalanya dalam hidup namun kita kita tidak harus mencari wang dengan cara yang tidak elok. Cara yang terbaik ialah kita mencari wang dengan titil peluh kita sendiri dan jagalah makan minum keluarga secukupnya dan bagi golongan yang belum berumah tangga pula, harus memberi wang kepada ibu bapa yang tidak mampu bekerja dan juga jaga mereka sebaiknya.
Cara seterusnya untuk mengurus kewangan masa depan ialah hanya membeli barang-barang buatan tempatan. Barangan tempatan yang lebih murah berbandingan barangan import. Jika kita membeli barangan tempatan juga secara tidak langsung kita telah membantu ekonomi kita daripada wang negara keluar ke bank pelabur asing. Hal ini kerana barang-barang yang diimport dari luar negara kebayakkannya adalah berjenama dan berharga mahal. Misalnya barang-barang yang berjenama dari luar negara adalah seperti Nike, Levis, Adidas, Mizuno, Diadora dan banyal lagi. Sekarang ini berlambak barangan import di pasaran dan pengguna seharusnya pandai membezakan antara barangan buatan tempatan dengan barangan dari negara asing. Jika pengguna hanya menggunakan wang mereka untuk membeli barangan buatan tempatan maka mereka telah berjaya daripada berbelanja besar. Hal ini membantu pengguna lebih berjimat dari sebelumnya iaitu gemar membeli barangan import yang nampak lebih cantik namun telah menyumbang kepada kehilangan wang pengguna yang besar kepada pelabur asing.
Pihak sekolah khususnya para guru harus membentuk minda pelajar bagaimana berbelanja dengan bijak iaitu dengan mengadakan “kempen RM 2.00 satu hari”. Pihak sekolah juga harus menggesa penjual makanan untuk menurunkan harga nasi, misalnya lemak hanya berharga RM 1.00 satu bungkus. Hal ini akan membantu pelajar berjimat dalam mengatur belanja dan ibu bapa pula tidak perlu risau akan keprluan kewangan anak-anak mereka di sekolah. Wang saku untuk anak di sekolah juga boleh dikurangkan iaitu tidak melebihi RM 5.00 sehari.
Cara yang terbaik untuk menguruskan kewangan bagi sebuah keluarga ialah pengeluaran kewangan hanya dipegang oleh seorang iaitu ketua keluarga sahaja. Kebiasaanya ialah bapa harus bertanggungjawab memberi wang kepada ahli keluarga yang memerlukan seperti memberi wang kegunaan isteri dan anak-anak. Sebagai ketua kelurga juga seorang bapa harus menyediakan keperluan sas yang sangat penting untuk bilangan anak yang ramai seperti membeli rumah sebagai tempat tinggal anak-anak bila sudah berumah tangga. Hal ini mampu dibuat sekiranya pengguna tersebut seorang yang berpendapatan lumayan. Misalnya mereka yang bekerja sebagai pensyarah, doktor, peguam, pemilik-pemilik syarikat besar dan pengguna-pengguna yang bergerak Datuk.
Walaupun ada segelintir keluarga kita yang kedua ibu bapa yang sama bekerja mencari rezeki atau memang mempunyai pekerjaan yang tetap. Contonya, suami isteri yang bekerja sebagai guru, doktor, polis, tentara dan banyak lagi yang menemukan jodoh yang sam di tempat kerja. Wang yang diterima pada hujung bulan harus dikumpul bersama-sama dan dikira keseluruhannya bagi menyenagkan proses perancangan perbelanjaan. Selepas itu ketua keluarga iaitu bapa harus membahagikan wang tersebut mengikut keperluan keluarga sepanjang bulan.
Jika wang tersebut tidak cukup untuk membayar keperluan maka barang yang paling penting perlu diutamakan seperti keperluan dapur dan wang saku anak-anak serta makan minum mereka di tempat kerja. Manakala, jika wang perbelanjaan satu bulan itu ada yang lebih ini sangat bagus kerana baki tersebut boleh dibawa untuk perbelanjaan ke bulan seterusnya atau disimpan di dalam bank sebagai jaminan pada masa depan.
Pengguna sekarang seharusnya berbelanja tidak mengikut nafsu semata-mata. Hal ini sangat merbahaya kerana setiap pembelian di pasaran adalah akan mempengaruhi kuasa jualan beli pasaran. Kuasa jual beli akan menyebabkan harga barangan menjadi naik ataupun turun. Misalnya sebuah barangan yang baru dikeluarkan di pasaran iaitu komputer riba berjenama Dell.
Jika permintaan kurang daripada pengguna maka berkemungkinan komputer riba ini akan diturunkan harga untuk menarik pelanggan dan untuk tujuan menghabiskan stok di pasaran. Jika barangan makanan pula, stok makanan tersebut perlu dihabiskan sebelum tarikh luputnya supaya syarikat yang menjual suatu barangan itu kurang menanggung kerugian. Jika pengguna sangat menyukai sesuatu barangan misalnya Mee Sedap, makanan Mee sedap akan dinaikan harga kerana permintaan ramai daripada pengguna. Hal ini akan menguntungkan peniaga pada masa sekarang.
Buktinya iaitu kita boleh melihat barang yang runcit yang kecil seperti harga Maggi sekarang iaitu harga Mee sedap di pasaran sudah mencecah harga RM 4.00. Kalau dahulu semua Maggi dalam bungkus adalah tidak melebihi harga RM 3.00. Disebabkan kenaikan harga tepung telah memberi kesan kepada barang makanan yang diperbuatnya melambung naik harga.Natijahnya, kenaikan harga sesuatu barangan adalah dipengaruhi oleh pengguna sendiri serta bergntung kepada susah senang sesuatu bahan mentah tersebut diperolehi. Jadi pengguna harus berjaga-jaga dalam membeli barang di pasaran supaya harga barang tidak dinaikan secara mendadak dan penggua juga akan mampu membeli barangan runcit dengan murah pada masa depan. Wang yang lebih pula dapat disimpan di dalam bank untuk jaminan pada masa depan.
Wang mampu mengubah apa sahaja yang ada muka bumi. Malahan juga akal fikiran manusia juga boleh dibeli dengan wang. Manusia boleh dinilai dengan wang untuk menunjukkan dia seorang yang berharga atau pun tidak. Contohnya manusia yang termahal sekarang adalah pemain bola sepak Portugal iaitu Christiano Ronaldo yang dibeli oleh kelab bola sepak Real Madrid, Sepanyol dari Manchester United, England dengan harga 80 juta Dolar.
Kes ini dapat membuktika kepada kita dengan jelas cara seorang pengurus pasukan bola sepak yang bijak menguruskan wang akan mampu memperolehi pemain yang berkelas dunia yang berkualiti seprti Christiano Ronaldo dan Kaka. Pada masa depan kelab ini sangat senang memperolehi wang kerana sudah pasti pemain yang bagus begini akan dibeli oleh kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya untuk kelab bola sepak mereka. Mereka menyimpan pemain yang bagus begitu sebagai pelaburan masa depan dan ini merupakan cara yang terbaik juga bagaimana kita menguruskan wang yang banyak.
Kesimpulannya, terlalu bayak kaedah untuk kita mengurus kewangan kita di masa hadapan iaitu bergantung dengan wang yang ada pada setipa individu atau pun pengguna. Perancangan kewangan yang teliti dan teratur mampu menghasilkan kita membuat poelaburan kepada sesuatu barangan atau benda yang kita beli atau simpan. Misalnya barang-barang kemas, kereta, rumah pemain bola sepak yang profesional, oarang yang berilmu seperti pakar-pakar motivasi dan banyak lagi perkara yang boleh menghasilkan wang pada masa depan. Hala tuju wang adalah bermula dari tangan pengguna dan berakhir di tangan pengguna juga. Perkara yang menyebabkan orang itu berbeza adalah jumlah wang dimilikinya. Walau bagaimana pun pengguna seharusnya berjimat semasa masih kaya kerana wang itu boleh habis sekelip mata jika mereka mengamalkan budaya boros dan tamak harta bila berbelanja.

TATU MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Masyarakat tempatan di Sarawak, amnya kaum Iban telah mempunyai satu kesenian yang sangat unik iaitu tradisi mencacah tatu. Aktiviti mencacah tatu ini telah lama diamalkan sejak berkurun dahulu .Sejarah tatu dikatakan bermula sejak zaman Neolitik ( 10 000 – 5000 Sebelum Masihi. Dalam bahasa Tahiti perkataan tatu bermaksud ‘ menanda sesuatu’. Aktiviti membuat tatu bukan hanya dalam kalangan orang Iban sahaja ,malah telah diamalkan oleh tamadun lain juga . Contohnya di negara Jepun perkataan tatu dikenali sebagai “ irezumi” adalah bermaksud perbuatan mencacah atau memasukan dakwat atau apa-apa pigmen ke dalam kulit yang bersifat kekal ( mikro pigmensi ) sama ada menggunakan peralatan tajam atau yang berkaitan dengannya. Terdapat sebab dan tujuan tatu ini dibuat dan ianya berbeza-beza mengikut kebudayaan atau kepercayaan sesebuah etnik.
Aktiviti mencacah tatu ini pada pandangan sejarahnya telah dilakukan oleh orang-orang Mesir. Penemuan beberapa arkeologi telah berjaya membuktikan bahawa tatu telah diamalkan di Mesir sejak zaman keagungan Pyramid dibina. Melalui perkembangan tamadun Mesir pada ketika itu secara tidak langsung telah menyebabkan amalan mencacah tatu dicontohi oleh tamadun lain seperti Yunani, Crete, Cina dan Arabia. Di Barat pula ,mereka yang memiliki tatu dikaitkan sebagai penjenayah semasa zaman silamnya . Contohnya tatu dikenali sebagai “ The Scarlett “ oleh Nathaniel Hawthome .
Kajian antropologi menunjukan penggunaan tatu oleh masyarakat peribumi pada masa dahulu adalah atas dasar membezakan sesuatu keturunan , puak dan kumpulan serta banyak dipengaruhi oleh mitos pada zaman sebelumnya . Mereka juga menjadikan tatu sebagai simbol sosial kepada kedudukan status , kekuasaan dan kekayaan di dalam masyarakat mereka . Menurut sumber kajian ini juga , sejarah perkembangan tatu tidak dapat dipastikan secara tepat kerana tidak ada sebarang bukti yang kukuh menunjukan masyarakat peribumi dari benua mana yang memulakannya .
Tatu di Sarawak
Sarawak terletak di pulau Borneo iaitu sebelah timur Semenanjung Malaysia . Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia . Pulau Borneo pula merupakan pulau yang ketiga terbesar di dunia . Kira – kira tiga juta orang Dayak yang merangkumi suku Iban , Melanau , Orang Ulu , Kayan , Penan dan lain-lain yang menetap di sarawak .Perkataan Dayak bermaksud orang “ pedalaman “ serta menggambarkan berbagai-bagai suku lain yang ada di Sarawak . Setiap suku ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri yang sukar ditemui Selain di Sarawak . Walaupun terdapat banyak perbezaan antara suku-suku kaum ini namun terdapat satu persamaan yang umum iaitu tradisi mencacah tatu . Amalan mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum. Kini, perhiasan tatu yang gemar digayakan anak muda sama ada pada wajah, leher, tangan atau kaki, membawa pengertian istimewa atau maksud tertentu di sebalik kehidupan yang dilalui mereka. Jika ke Sarawak, jangan terkejut jika terserempak dengan masyarakat pribumi yang mencacah seluruh tubuh badan. Apabila menghampiri rumah panjang masyarakat Iban atau Bidayuh, bertatu seperti kelaziman.
Bagi orang Iban iaitu masyarakat Dayak yang terbesar di Sarawak ,tradisi mencacah tatu merupakan sebahagian daripada cara hidup mereka sejak berkurun dahulu .Golongan dewasa kebanyakannya memiliki tatu di kepala hingga ke hujung kaki , hal ini melambangkan status sosial dan keberanian mereka . Dalam kalangan orang Iban ,tatu disebut sebagai “ pantang “ .Tatu memainkan peranan yang penting dalam budaya orang Iban . Amalan mencacah tatu ini merupakan aktiviti suci yang menghubungkan orang Iban dengan orang duniawi ( dua buah penduduk kampung yang selalu membantu orang Iban dalam kesusahan iaitu Panggau Libau dan Gelong ) . Antara orang –orang duniawi yang selalu muncul membantu orang Iban ini ialah Keling , Bungai Nuing , Sempurai , Singalang Burong , Kumang dan Lulong . Azimat –azimat yang diberikan orang- orang inilah yang menyebabkan orang Iban sangat kebal dan berani semasa pergi memburu kepala . Orang Iban yang telah dibantu atau termimpi pernah berjumpa dengan orng –orang duniawi ini mesti dicacah tatu supaya apa yang diberikan kepada mereka , misalnya azimat “ dinding bulu , batu melaban , batu ilau , batu lelayang “ dan yang lain-lain akan kekal dalam badan mereka sampai ke ajal mereka tiba .
Sejarah asal usulnya pula , menurut Adeng seni tatu adalah bermula dari satu peristiwa yang pernah berlaku pada zaman nenek moyang mereka dahulu . Peristiwa tersebut ialah pertengkaran yang berlaku antara beberapa orang Iban yang sedang memasak semasa musim “ nugal di tegalan “ iaitu semasa musim menanam padi . Semasa mereka bertengkar salah seorang daripada mereka terkena objek tajam yang diselaputi jelaga dan telah meninggalkan kesan kepada kulitnya . Kesan jelaga itu ialah luka , secara tidak sengaja ,beliau telah memasukan “ alung “ ataupun sisa –sisa kayu yang hitam setelah dibakar lalu digosoknya pada luka tersebut bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya . Setetah kering kesan itu tidak dapat lagi dibuang lalu dipanggil “ pantang “ ataupun tatu . Maksud perkataan “ pantang “ yang lebih dalam lagi ialah bermaksud perkara yang tidak boleh dilakukan lagi . Hal ini adalah kesan daripada peristiwa pertengkaran tersebut , padi yang ditanam di huma tersebut langsung tidak menjadi pada tahun tersebut . Inilah kepercayaan orang Iban tentang sejarah “pantang “ atau tatu .
Sebab-sebab mencacah tatu
Kepercayaan orang Iban pada masa dahulu yang berkaitan dengan pembuatan tatu ialah untuk mengingatkan mereka bahawa Remaung ( makhluk separuh manusi separuh haiwan yang menyerupai harimau ) merupakan makhluk halus yang perlu dihormati . Sekiranya tidak mempunyai tatu ,mereka yang berjalan keseorang di dalam hutan amat mudah terjumpa dengan barang – barang kepunyaan mereka sendiri . Barang –barang tersebut dipercayai milik Remaung , seandainya barang itu disentuh atau dibawa pulang ke rumah maka orang yang mengambilnya akan diserang oleh penyakit dan akhirnya boleh membawa ajal . Jika ada tatu orang Iban percaya bahawa Remaung mengenali mereka manusia dan tidak akan mengganggu .
Selain itu , tatu turut menunjukkan keberanian pada seseorang dan serta status orang itu dalam kelompok komuniti orang Iban .Bagi orang Iban juga , mencacah tatu dianggap sebagai diari bagi memperingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku .Hal ini supaya senang mengingati peristiwa penting tersebut . Masyarakat Iban pada masa dahulu juga mencacah tatu pada kanak-kanak yang berusia 10 atau 11 tahun bagi menandakan mereka “ baru lanjau “ dan sudah bersedia untuk menyertai aktiviti pemburuan .Tujuan mencacah tatu pada kanak –kanak ini adalah sebagai azimat dan melindungi mareka
dari roh-roh jahat serta juga menjadikan mereka kebal .
Secara amnya , bagi masyarakat Iban sesiapa sahaja boleh dicacah dengan tatu tetapi mesti ada motif yang khas misalnya bagi golongan tertentu sahaja .sesetengah corak tatu juga hanya di khaskan untuk golongan pahlawan ban sahaja .
Pada zaman dahulu , nenek moyang orang Iban amat mementingkan bilangan tatu yang ada pada badan seseorang dalam pemilihan bakal suami atau isteri .Menurut lulusan undang-undang dari England ini , selain wanita mencacah badan sebagai perhisan diri , tatu juga melambangankan kemampuan mereka menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri serta kebolehan menari ( tarian ngajat ) .Lelaki Iban yang tidak mempunyai sebarang tatu atau mempunyai tatu yang separuh siap akan dilabel sebagai “ telanjai “ atau dianggap sebagai sebuah rumah yang tidak mempunyai atap . Satu gelaran yang amat popular iaitu “ Bujang Berani Kempang , Lendat Dibiau Batang Isang “ yang membawa maksud semakin banyak kepala yang dibawa balik daripada memburu ( ngayau ) , maka semakin banyak tatu yang akan dicacah pada badan pahlawan itu . Hal ini dilakukan sebagai penghargaan atas keberanian pahlawan tersebut menentang musuh .
Bentuk dan gaya tatu
Corak tatu etnik Iban ini telah berkembang mengikut saiz . Pada tahun 1920an didapati corak tatu adalah bersaiz amat kecil dan sehinggalah pada tahun 1960an dan1970an, telah dilihat bahawa coark tatu tersebut adalah semakin besar , lebih jelas dan meliputi bahagian yang lebih luas pada kulit . Kebanyakan bentuk dan gaya tatu dalam kalangan orang Iban hampir sama tetapi telah banyak berkembang dari segi saiz tatu , gaya tatu dan yang paling nyata ialah banyak dipengaruhi oleh tempat atau kawasan mereka tinggal .
Pada dasarnya corak tatu etnik Iban adalah sama .Semua tempat di sarawak yang mempunyai komoditi etnik Iban yang bertatu tiada bezanya dari segi motif dan corak . Walau bagaimana pun gaya tatu itu adalah berlainan kerana setiap orang yang mencacah tatu adalah tidak sama dari segi kemahiran mereka mencacah tatu tersebut . Melalui tatu orang Iban dapat mengenal pasti dari mana kawasan tempat tinggal orang yang datang melawat , iaitu hanya dengan melihat perbezaan gaya tatu yang ada pada orang itu . Pada awal tahun 1970an , seni tatu orang Iban telah jauh merantau dan sangat terkenal di negara Eropah . Hal ini kerana masyarakat barat telah jatuh cinta dengan keunika seni tatu iban dan ini telah mendorong mereka untuk meniru dan mengayakan tatu tersebut pada bahagian lengan , badan , belakang , kerongkong dan kaki mereka .
Motif dan corak tatu orang Iban adalah banyak dipengaruhi oleh bentuk haiwan mitos , alam semula jadi dan corak flora seperti daun . Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa peperangan antara puak . Contoh corak tatu yang cacah biasanya merupakan corak naga , burung enggang dan anjing syaitan . Motif-motif dan corak-corak tatu kebanyakannya berdasarkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka dalam waktu kesusahan atau pun di waktu senang .
Seni mencacah tatu ini merupakan salah satu aktiviti seni harian orang Iban yang seakan-akan hampir sama denagn ukiran kayu dan tenunan . Ini merupakan hanya sebahagian daripada aktiviti harian etnik iban . Dalam adat resam orang Iban , didapati tiada pencacah tatu yang khas . Hal ini menunjukan bahawa amalan mencacah tatu adalah bukan adat tetapi hanyalah sebagai aktiviti bagi individu yang berminat mengayakannya .
Perkakas untuk mencacah tatu
Alat asas yang digunakan untuk mencacah tatu ini ialah pemegang kayu dan jarum . Jarum diikat pada hujung pemegang kayu tersebut . Dalam proses pembuatan tatu ini ,pukulan ringan akn dilakukan pada permukaan kulit dengan jarum telah dicelup pada dakwat bagi menghasilkan corak tatu .
Pembutan tatu secara tradisional pula mengunakan dakwat yang diperbuat daripada jelaga yang direbus dalam air tebu untuk beberapa jam . Selepas itu ia akan dibiarkan beberapa hari untukmengalami proses penapaian , cara ini dilakukan untuk memelihara ketahanan dakwat yang telah dihasilkan . Orang Iban menamakan dakwat yang diperbuat dengan cara ini dengan ialah “ alung “ . Pada zaman sekarang pula proses pembutan tatu adalah dengan kaedah elektrik .
Corak- corak dan maksud tatu Iban
Corak tatu yang paling terkenal dalam kalangan kaum Iban ialah “ kelingai “ sempena dengan nama pahlawan agung Iban,Keling sangat banyak mempengaruhi corak tatu kerana pesanannya kepada orang Iban, corak sesuatu tatu tidak boleh dibuat sembarangan kerana perlu ada maksud dan tujuannya.
Antara corak tatu yang paling terkenal ialah “ bungai terung” .Tatu ‘bungai terung’ ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang empunyai tatu bungai terung kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu kerana dipercayai segala aktiviti dan beban yang berat akan dipikul pada bahu. Di tengah ‘bungai terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yan mengembara.
Corak tatu “ lengan ketam “ juga amat terkenal dan diminati kerana keunikannya seperti simbol naga atu naga berkepala dua . Tatu ini dicacah pada bahagian lengan dan disertakan dengan corak perut naga yang berbeza-bea bergantungkepada mimpi yang dialaminya .Tatu ini membawa erti kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk melindungi diri dari semangat jahat, pisau dan juga manusia. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau yang tajam kerana ilmu sihir merupakan budaya lama orang Iban dan terdapat banyak kepercayaan bahawaterdapat semangat yang akan membantu pemilik tatu tersebut.
Corak tatu seterusnya ialah “ tegelu “ .Tegelu dicacah pada belakang tangan bermaksud kejayaan pahlawan dalam pemuruan kepala ataupun dalam bahasa Iban disebut “ ngayau “.Orang Iban yang mempunyai tatu ‘ tegulu ’ juga menandakan seseorang itu telah menyertai kumpulan pemburuan kepala . Walau bagaimana pun segelintir sahaja yang ingin membuat tatu ‘ tegelu ‘ setelah berburu, hal ini kerana mereka yang memiliki tatu segelu ini akan diuji dengan ilmu hitam apabila melawat kampung lain . Sekiranya orang yang mempunyai ‘tegelu ‘ tidak ada azimat pelindung diri yang kuat dari orang yang menguji maka beliau akan memuntahkan darah atau sakit . Namun demikian , ramai yang masih masih mencacah tatu ‘ tegelu ‘ pada belakang tangan , kerana mereka percaya mereka telah menjadi lebih kuat dan kebal . Mereka juga percaya yang bahawa mereka telah mendapat perlindungan yang sepenuhnya hasil daripada aktiviti pemburuan kepala . Setelah balik daripada memburu kepala orang Iban pada zaman dahulu akan meraikanya dalam satu perayaan besar-besaran dimana penduduk-penduduk kampung yang berdekatan akan dijemput tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak . Perayaan ini dikenali sebagai “ Gawai encabuh arung “
Pada masa dahulu , corak tatu yang dicacah pada kerongkong juga sangat popular . Tujuan tatu ini dibuat adalah untuk melambangkan perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang dihormati . Antara orang –orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua kampung , pahlawan – pahlawan yang sudah berburu dan bomoh bomoh . Dalam penelitian corak tatu tersebut terdapat gambaran seekor ikan yang kelihatan berenag ke hulu sungai dan bertukar menjadi naga atau naga berkepala dua . Ini bermakna perkembangan status pada seseorang kerana bahagian kerongkong merupakan bahagian yang paling sukar dicacah tatu dan ini dipercayai menguatkan semangat orang yang dicacah tatu . Corak tatu ini juga terdapat di negara Jepun . Dalam kebudayaan Jepun , ikan koi yang berenang ke hulu sungai dan kemudianya bertukar menjadi seekor naga yang didapati mempunyai maksud yang sama .
Antara corak tatu tradisional bagi masyarakat Iban yang lain pula adalah ketam itit (motif gabungan ketam dan naga), renguang (sejenis serangga), kelam ketir dan sebagainya.

SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL MEMBERIKAN KESAN NEGATIF TERHADAP HUBUNGAN ETNIK
Pendidikan adalah merupakan satu aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat penting dan mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh menyedikan masyarakat dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah dapat menyediakan mereka kepada pengetahuan dan nilai-nilai baru yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan memajukan diri dan masyarakat. Namun pada zaman pendidikan kolonial pula sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada dua abad yang lalu amat berlainan dengan kehendak masyarakat. Zaman pra-merdeka bidang pendidikan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dipantau sepenuhnya oleh penjajah Inggeris telah mendatangkan pelbagai kesan sama ada positif atau negatif. Tujuan sebenar Inggeris datang ke Tanah Melayu pada mulanya bukan bertujuan memperkenalkan sistem pendidikan tetapi terpaksa diperkenalkan juga di Tanah Melayu kerana tuntutan politik dan juga desakan daripada sesetengah pihak. Pada zaman ini wujud empat aliran pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Vernakular Melayu, Vernakular Tamil, Vernakular Cina dan Vernakular Inggeris. Kehadiran sistem pendidikan seumpama ini menyebabkan semangat perpaduan di Tanah Melayu sukar dipupuk.
Di Malaysia, kalangan sarjana dan pakar pendidikan sering kali membahagikan pelajaran di Malaysia dengan pelajaran formal dan tidak formal. Tidak formal lebih menjurus kepada pelajaran yang berasaskan Agama Islam, manakala pelajaran formal lebih menjurus kepada pelajaran yang diperkenalkan oleh kolonial British. Hal ini bertujuan untuk melihat dasar pelajaran kolonial British dan juga Belanda dalam konteks implikasi dasar tersebut terhadap sosio- budaya masyarakat di Tanah Melayu.
Jika kita menyorot masa lampau kuasa kolonial telah mewariskan kepada kita ilmu pengurusan yang paling penting iaitu sistem pendidikan dan pentadbiran negara . Setelah 51 tahun merdeka ,tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita kecuali menokok tambah sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Brirtish sejak tahun 1819. Contohnya kerajaan telah memperkenalkan semula bahasa Inggeris dalam pembelajaran subjek Matematik dan Sains serta kerajaan negara kita yang berkonsep west minister.
ALIRAN SEKOLAH VERNAKULAR
Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular. Sistem Pendidikan Vernakular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana mereka terpisah diantara satu sama lain. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.
Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalkan setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. Sejarah membuktikan perkembangan untuk orang Melayu disekat dan dibantutkan oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan pembentukan kesedaran kebangsaan. Perkembangan yang berlaku menyebabkan British terpaksa menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut. Penyediaan pendidikan bukanlah untuk membentuk masyarakat “enlightened” tetapi bagi mengesahkan alasan alasan kehadiran British ke Timur adalah untuk mentamadunkan masyarakatnya. Oleh yang demikian., British telah mewujudkan satu system pendidikan yang berbentuk vernacular bagi merealisasikan impian mereka.
Tujuan utama adalah unutuk membantutkan dasar perkembangan pendidikan dan tamadun orang Melayu. Ia juga dilakukan bagi memudahkan pengaliran keluar segala hasil kekayaan negeri – negeri Melayu ke Britain tanpa melaui proses “ audit “ atau soal jawab daripada pemilik asal yang merujuk kepada orang Melayu. Sekatan pendidikan turut dikenakan terhadap orang India yang menetap di ladang – ladang bagi mengekalkan status quo mereka sebagai ‘anak ladang’. Orang India yang tinggal di bandar – bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka, seperti juga orang Melayu telah di beri peluang untuk memasuki sekolah Inggeris. Keadaan ini telah mendirikan dua buah sekolah yang gah di bawah pimpinan pendidikan colonial British iaitu Penang Free School dan Malacca Free School bagi melahirkan segelintir “ loyal servant “ kepada pemerintah British. Orang Cina pula mempunyai system pendidikan tersendiri yang dibiayai oleh pedagang – pedagang dan pelombong Cina. Ternyata orang Cina mempunyai system pendidikan yang jauh lebih maju daripada pendidikan orang Melayu dan India.
Isu pendidikan vernakular perlu difahami kerana melalui pendidikan inilah terbentuknya polarisasi kaum. Polarisasi ini pula terus – menerus menyalurkan British dengan sumber manusia tanpa sebarang tentangan dan kesulitan dalam kerangka pengkhususan kerja masing – masing. Jika diteliti, pendidikan vernakular pra-merdeka ini jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan sstem pendidikan moden di negara kita sehingga kini. Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan orientasi terhadap negara ibunda masing-masing. Sekolah yang memberi kebebasan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah menyebabkan masyarakat negara ini tidak menuju kepada perpaduan kaum, dan ini disedari bercangah dengan kepentingan terhadap perpaduan.
SEKOLAH- SEKOLAH YANG DITUBUHKAN PADA ZAMAN KOLONIAL
1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU
Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Kokurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sistem Pendidikan pondok atau madrasah menyediakan pendidikan yang lebih teratur. Ciri-ciri pendidikan pondok adalah lebih memberikan penekanan terhadap ajaran agama. Pelajar yang lulus sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama yang bakal memberikan khidmat kepada masyarakat. Tempoh pengajian di sekolah pondok memakan masa yang terlalu lama iaitu sehingga sepuluh tahun.
Sekolah Madrasah pula mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana mata pelajaran yang diajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Tahap pendidikan ini dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, peningkatan darjah berlaku secara automatik. Tahap pengajian sekolah ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap pengkhususan. Guru besar atau Mudlir adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengawasi dan menguasai perjalanan sekolah Madrasah. Namun begitu terdapat satu lembaga dan jawatan kuasa yang membantu dalam menyelia perjalanan sekolah ini.
Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Sekolah sekular ini bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Di sekolah ini anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah sekular Melayu pertama dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah sekular Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri Melayu yang lain.
Sekolah-sekolah sekular yang didirikan khas untuk orang Melayu kurang mendapat sambutan walaupun percuma. Kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan ini adalah disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing ini. Mereka tidak percayakan orang asing dapat memberi pendidikan terbaik terhadap anak mereka selain ajaran agama. Tiadanya pengajaran al-Quran juga merupakan faktor kepada kurangnya sambutan kepada sekolah sekular ini. Disamping itu kekurangan sambutan kepada sekolah ini juga didorong oleh amalan budaya orang Melayu sendiri, dimana tenaga anak-anak Melayu diperlukan untuk mengerjakan sawah, menolong keluarga ke laut dan juga di rumah bagi anak-anak orang Melayu yang perempuan.
Lokasi sekolah sekular ini yang jauh dari petempatan atau perkampungan Melayu juga antara faktor kenapa sekolah ini kurang mendapat sambutan. Orang Melayu tidak mampu untuk membiayai tambang perjalanan ke sekolah sekular ini berikutan taraf ekonomi keluaga yang rendah. Selain itu kebanyakan anak-anak Melayu khuatir meninggalkan rumah kerana yang perempuan sangat terikat dengan budaya dan adat orang Melayu tradisi yang menghalang anak-anak perempuan untuk melangkah jauh meninggalkan rumah. Keadaan ini berkait rapat dengan tentangan daripada golongan konservatif iaitu golongan yang berpegang kuat pada asas amalan tradisi Melayu.
Pada tahun1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar) ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British. Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang telah lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia British. Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu. Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.
Sungguh pun penubuhan MPSI dikatakan satu peritiwa bersejarah dalam pendidikan Melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit. Kerajaan British masih tetap dengan dasar mengekalkan status quo orang Melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan membaca. Menurut Tan Din Eing, “perhatian yang lebih berat diberikan supaya orang melayu yang keluar dari kampung-kampungnya mendapat pekerjaan”.
Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914-1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu sangat jelas. Bagi rakyat biasa, tujuan pendidikan Melayu adalah hanya menjadikan mereka petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.
Unsur dualisme adalah bertujuan untuk mengekalkan satatus quo masyarakat Melayu iaitu terus membiarkan orang Melayu terus taksub dengan cara pendidikan mereka dan tanpa melihat kemajuan masyarakat lain yang berada di sekeliling mereka. Dengan ini orang Melayu tidak akan bangkit menentang kekuasaan Britisah di tanah air mereka. Ini bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus di belenggu kemiskinan dan pemikirian kolot mereka itu. British juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan nelayan atau di kawasan pedalaman dengan mengusahakan sawah padi. Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk mengekalkan kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan British dengan golongan elit Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus memberikan kerjasama dengan mereka.
2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA
Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius. Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa (alat mengira) adalah penting. Terdapat tiga jenis sekolah Cina pada zaman kolonial.
Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu. Sekolah yang kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka.
Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China. Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama enam tahun. Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke negara China.
Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan ini. Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawal sekolah-sekolah Cina. Menurut enakmen ini,semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini memberi kuasa kepada pengarah pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. Namun, perlaksanaan enakmen ini kurang berjaya.
British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929. Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam buku teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi masuk ke Tanah Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah-sekolah Vernakular Cina ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolah-sekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis.
Pada keseluruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebih tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah kemajuan sosial dan ekonomi. Menurut Andaya,”…..seperti hal dengan pendidikan India di Tanah Melayu, sekolah-sekolah pengantar Cina tidak memberikan persediaan supaya seseorang individu boleh naik meningkat di bawah pemerintahan kolonial British.
3.PENDIDIKAN VERNAKULAR TAMIL
Semasa zaman pendidikan British kita melihat bahawa ,British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhaan masyarakat India. Dalam perkembangan sekolah India kita dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembagan ekonomi di Tanah Melayu . British telah mengarahkan supaya Orang India berhijrah secara beramai-ramai untunk bekerja di Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang kopi,ladang tebu, ladang kelapa dan ladang getah . Dalam masa yang sama juga masyarakat India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolah –sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor.
Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang di bina pada waktu itu, hanya sekolah –sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti ” kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti alat-alat untuk mengajar , dan juga bilangan guru yang betul-betul berkelayakan” . Lazimnya sekolah-sekolah adalah terdiri daripada Kangai , Penyelia ladang , ataupun buruh-buruh yang yang secara kebetulan diketahui tahu membaca dan menulis akan diambil secara langsung menjadi guru di sekolah India pada masa itu.
Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula , di sekolah India telah menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan pelajaran yang digunakan pada masa itu, adalah yang berunsur “keindahan”. Pada tahun 1962 , British telah memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang mewajibkan pengusaha ladang supaya menyedikan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya .Keadaan ini secara langsung telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan selepas hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun, ” terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, dapat kita renungkan bersama bahawa campur tangan kerajaan pada masa itu terhadap sekolah Tamil adalah paling minimum kerana banyak dikuasai oleh Gabenor British yang memerintah sesuatu kawasan atau daerah Tanah Melayu, apa yang di katakan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Matlamat kerajaan pada masa itu juga hanya ingin mewujudkan tenaga buruh India untuk kepentingan Tanah Melayu dan hanya berpuas hati melihat orang India hanya mempunyai pengetahuan asas seperti dalam bidang pertanian , dan dalam bidang kemahiran sahaja. Kerajaan pada masa itu melihat kewujudan sekolah Tamil pada peringkat tinggi difikirkan tidak perlu dan tidak penting kepada masa depan masyarakat Tamil. Hal ini telah membawa kesan luka di jiwa masyarakat India pada masa itu kerana hanya golongan India yang kaya sahaja mampu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris yang lengkap dan mencukupi dari pelbagai kelengkapan. Natijahnya, kita melihat bahawa ini telah membawa kepada jurang perbezaan antara orang India yang berpendidikan Inggeris dan bejaya menceburkan diri dengan kerjaya yang bagus berbanding dengan orang India yang miskin dan terpaksa hidup kekal menjadi buruh di kawasan ladang dan pelabuhan sahaja.
4. SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS
Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam. Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Sekolah Inggeris yang pertama di dirikan di Negeri-Negeri Selat digelar Sekolah Free. Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka untuk semua kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu adalah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan sekolah itu adalah untuk melahirkan golongan pegawai yang cerdik, tekun dan jujur.
Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan diajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free School (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesar akan lebih mudah bekerjasama.
Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor telah melantik Rev. Frank Haines sebagai guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja di Selangor. Sebuah kelas bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 1890 di sekolah Melayu di Kuala Lumpur tetepi sambutannya amat dingin. Sekolah Inggeris didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Intstution, Kuala Lumpur. Sekolah ini ditubuhkan pada 1893 bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Rayuan bagi memberi derma kepada tabung sekolah tersebut disambut baik. Jumlah murid pada peringkat awal adalah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929 .
Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman Katolik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British. Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada anak-anak perenpuan. Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.
Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekolah Perempuam Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini diserahkan kepada mubalight Methodist Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur. Mata pelajaran adalah nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik.
Setelah biasiswa-biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan sijil Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam. Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu darjah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil Junior Cambridge.
Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun 1929. Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah yang lain. Contohnya Sekolah Tinggi Bukit Martajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari sabtu untuk menghadiri kelas Sains. Sukatan Pelajaran di sekolah Inggeris berasaskan berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan dengan orang Asia.
SEBAB SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL MEMBERIKAN KESAN NEGATIF KEPADA HUBUNGAN ETNIK
Semua sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial adalah mencerminkan kuasa, keperluan-keperluan dn kehendak-kehendak pendidikan penjajah. Walaupun pendidikan pada waktu tersebut memang suatu kepentingan tetapi sekolah-sekolah yang direka adalah bagi memenuhi keperluan penjajah. Pentadbir-pentadbir sedar bahawa tujuan pendidikan penjajah adalah untuk melatih kerani-kerani yang akan menjadi kakitangan rendah di dalam prkhimatanb awam.
Bagi pertubuhan-pertubuhan mubaligh pula, matlamat yang paling penting sekali ialah perkembangan agama Kristian di Tanah Melayu, dan Pulau Borneo. Penekanan para mubaligh ini adalah tentang ajaran berpandukan “ bible “. Disebabkan orang Melayu telah mengenali Islam terlebih dahulu maka pendidikan atau ajaran agama kristaian dalam kalangan masyarakat pada masa tersebut tidak mempunyai input atau persetujuan oarang Melayu, serta kaum-kaum lain pada waktu tersebut. Maka ini telah merenggangkan hubungan persefahaman antara kaum Melayu dengan kaum lain khususnya kaum Cina dan India.
1.SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : SATU AGEN PEMBEKUAN
Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenalpasti iaitu satu agen pembekuan pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan .
General W.H Treacher, merupakan salah seorang yang bertanggungjawab ke atas sistem pemerintahan kolonial di Tanah Melayu dulu dan dia pernah mengatakan Orang Melayu telah diberikan segala-galanya seperti dari segi keselamatan, sistem perhubungan, perkhimatan, kesihatan ,pelajaran, undang-undang corak pentadbiran bahasa dan Kebudayaan dan aspek psikologi rakyat peribumi. Namun ini adalah tidak benar seperti yang diwar-warkan mereka. Mereka telah mengongkong pergerakan dan pemikiran orang Melayu melalui menyekat dan menghadkan pendidikan mereka. British hanya ingin orang Melayu pandai membaca dan menulis serta mempelajari asas pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu tidak akan terkeluar dari kepompong pemikiran mereka dan terus tunduk kepada British.
Tegasnya disini semasa pemerintahan British tidak ada sistem pendidikan yang sistematik pada masa itu. Pada masa ini tiga kaum terbesar Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India ada sistem pendidikan yang tersendiri. Orang India dan Cina berkiblatkan negara asal mereka. Bagi sekolah Vernakular Cina, buku, sukatan pelajaran dan guru yang mengajar di bawa khas dari Tanah Besar China. Hal ini menyebabkan proses asimilasi kaum sukar berlaku dan hidup mengikut ras dan kelompok masing-masing. Dari ini telah wujud masyarakat majmuk di Malaysia berikutan dasar pecah dan perintah British. British tidak mahu kejadian yang sama seperti di India berlaku di Tanah Melayu.
Menyorot kejadian itu, semasa pendudukan British di India, British telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama kepada masyarakat India. Sistem pendidikan yang diperkenalkan merangkumi pendidikan rendah, menengah dan peringkat tinggi iaitu universiti. Kesan daripada pengenalan sistem ini menyebabkan masyarakat tempatan India yang berpendidikan Inggeris telah bangkit menentang pemerintahan British di India. Dalam kontek ini, pendidikan yang sepatutnya berfungsi sebagai alat perubahan adalah tidak relevan apabila ia dikaitkan dengan dasar pendidikan kolonial terhadap orang-orang Melayu. Sebaliknya, kurikulum yang disediakan adalah sebagai satu usaha yang secara tidak langsung bertujuan membekukan orang-orang Melayu dengan cara mengekalkan mereka dalam likungan kekampungan, jauh dari cabaran aktiviti-aktiviti ekonomi moden. Maka jelaslah ini menimbulkan masalah kerana kurang persefahaman antara etnik kerana jarak hubungan antara kaum-kaum telah direnggangkan oleh British.
2. PENYEBARAN PENDIDIKAN INGGERIS : SATU ZAMAN PENYISIHAN (KONSEP SEGREGASI)
Sistem pendidikan telah dikenal pasti sebagai zaman penyisihan kerana telah mewujudkan sekolah yang pelbagai aliran. Hal ini menimbulkan kesan negatif pada pendidikan kolonial kerana dilihat dari aspek sosial adalah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia. Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah antara satu sama lain. Dalam keadaan seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum sangat sukar dipupuk kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi yang boleh menyatukan semua masyarakat ketika ini. Jadi boleh dikatakan penduduk di Tanah Melayu saling tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Untuk memupuk perpaduan kaum satu bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi serta harus difahami semua lapisan masyarakatnya. Keadaan ini disebabkan semua kaum di Tanah Melayu masing-masing taksub dengan bahasa ibunda sendiri yang mana orang Cina dengan bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Malayam, Telegu, Hindi dan sebagainya.
Manakala orang Melayu tegar dengan bahasa Melayu dan terceruk tinggal di kampung-kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi. British sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka senang memerintah dan mengaut kekayaan di Tanah Melayu dengan sewenang-wenangnya. Sementara itu rakyat peribumi dibiarkan merempat dan ditindas di negeri sendiri. Dasar pemerintahan seumpama ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah.
Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal. Keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum amat ketara. Interaksi kaum pada masa ini amat lemah. Masyarakat di Tanah Melayu pada zaman ini hanya terceruk dalam lingkaran mereka sahaja dan tidak ambil peduli hal hidup masyarakat lain di sekelilingnya. Apa yang menyedihkan adalah sikap imigran yang tinggal di Tanah Melayu yang langsung tidak menunjukan rasa kecintaan mereka pada tanah tempat mereka berlindung. Contohnya imigran Cina hanya mengambil tahu tentang perkembangan di Tanah Besar China sama ada isu semasa mahupun pergolakan politik. Oleh itu, sekolah-sekolah Vernakular Cina di Tanah Melayu menjadi tempat penyebaran ideologi parti Komintang dan Parti Komunis China pada tahun1920-an.
Begitu juga dengan masyarakat India, mereka langsung tidak mengambil tahu tentang Tanah Melayu. Perhatian mereka hanya kepada negara India. Pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal amat ketara pada masa ini, orang Cina lazimnya di bandar-bandar atau lombong, orang India di kawasan estet dan ladang kopi manakala orang Melayu tinggal di kawasan pedalaman iaitu kampung dan juga kawasan pinggir pantai.
Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengkelasan masyarakat mengikut pekerjaan. Kebanyakan sekolah Vernakular ini tidak mempunyai sukatan mata pelajaran yang betul dan hanya memberikan pendidikan di peringkat asas sahaja. Contohnya Vernakular Melayu, iaitu Sekolah Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu Gelugor hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Anak-anak Melayu sekolah ini hanya diajar menulis, membaca, mengira, sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan seperti pertukangan kayu dan perkebunan. Pendidikan Vernakular Melayu ini amat rendah mutunya. Mata pelajaran Geografi yang diajar adalah Geografi British yang tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu. Anak-anak Melayu yang belajar di sekolah ini diajar asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.
Pendidikan zaman kolonial menyebabkan wujudnya sekolah yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing. Walaupun sudah lama merdeka, sistem pendidikan negara kita masih dicengkam oleh bibit perpecahan dan pengasingan dengan wujudnya sekolah berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada negara-negara asal kaum pendatang khususnya dari Benua India dan Tanah Besar Cina. Tidak kurang pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan Arab juga membawa bibit perpecahan di kalangan masyarakat Melayu dengan wujudnya aliran pendidikan Arab di samping dua aliran lain iaitu Melayu dan Inggeris. Pendidikan dan persekolahan menanamkan ideologi politik dan ideologi sosial yang berbeza yang menjadikan masalah perpecahan begitu meruncing.
Sistem pendidikan kolonial terutamanya sekolah Vernakular Inggeris menguntungkan kaum bukan Melayu dan golongan ini menikmati lebih banyak peluang perubahan dan kemajuan dalam sistem kolonial yang masih tebal pengaruh dan kewibawaannya pada pra-Merdeka.
Sebab sistem pendidikan kolonial memberi kesan negatif kepada hubungan etnik kerana telah menyebabkan berlakunya mobiliti sosial melalui pencapaian kejayaan, pendidikan, pekerjaan, dan seterusnya kedudukan dalam masyarakat. Hal ini akan menyebabkan wujud konflik dengan dasar keseluruhan penjajahan Inggeris, iaitu memelihara keaslian masyarakat Melayu. Dua sistem pendidikan yang bertentangan dari segi fungsi dapat dapat dijalankan seiringan. Pertama mewujudkan sistem pendidikan Melayu dalam bahasa Melayu yang membekukan masyarakatnya, dan keduanya menyisihkan masyakat Melayu daripada terlibat secara yang bermakna dalam satu sistem pelajaran lain dan dalam bahasa lain yang diiktiraf mempunyai nilai ekonomi dan politik, iaitu sistem persekolahan Inggeris.
3. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENIMBULKAN KRISIS BAHASA
Krisis bahasa akibat daripada sistem pendiddikal ikan zaman kolonial berlaku kerana satu perubahan dasar yang dibuat pada zaman pemerintahan Inggeris iaitu kewujudan sekolah vernerkular yang mesti menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kesan ini kepada masyarakat Melayu ialah menjadikan bahasa Melayu yang sudah mula diketepikan akibat daripada proses penjajahan serta pengaruh-pengaruh yang meresap ke negara ini telah menyebabkan bahasa Inggeris pula menjadi bahasa pengantar di semua sekolah. Hal ini menyebabkan bahasa asal kaum Melayu, kaum Cina, dan Kaum Tamil terpakasa diketepikan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular masing-masing. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan bahasa.
Timbul juga penentang-penentang dasar pelajaran kebangsaan boleh dikenal pasti daripada tiga kumpulan dan boleh dikenali melalui latar belakang pendidikan yang telah mereka terima daripada zaman kolonial. Pandangan mereka terhadap dasar pelajaran kebangsaan juga berbeza-beza berdasarkan minat, keperluan dan kepentingan masing-masing. Mereka yang terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris pula mahukan bahasa Inggeris dikekalkan pula kedudukannya di sekolah-sekolah. Dari mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan Cina pula mahukan mahukan semua bahasa yang terdapat di negara ini diiktiraf sama dengan kedudukannya. Akan tetapi orang-orang Melayu melihat kedudukan bahasa Melayu melalui satu perspektif yang berlainan. Maka kita dapat melihat dengan jelas bahawa memang wujud krisis bahasa akibat daripada sistem pendidikan kolonial.
4. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENYEBABKAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU TERANCAM
Perkembangan baru dalam bidang politik telah mempertajamkan pemikiran pemimpin orang Melayu tentang masalah pelajaran. Hal ini, bukan setakat orang melayu sahaja bahkan terhadap masalah perkauman , terutamanya dalam kalangan orang-orang Cina, telah mulai disedari amat membahayakan keamanan dalam negara. Sistem pendidikan kolonial yang memberikan kebebasan kepada wujudnya sekolah-sekolah Cina dan india, yang seluruhnya mempunyai orientasi ke negara ibunda masing-masing tanpa merujuk kepada negara ini. Natijahnya, kaum Cina dan kaum India dilihat amat menekankan konsep etnosentrierisme pada masa tersebut.
Kesan negatif lain sistem pendidikan kolonial, sistem peperiksaan yang telah dilaksanakan di semua sekolah Melayu. Tidak semua orang mendapat peluang yang sama dalam menghadapi peperiksaan. Sesetengah sekolah mempunyai kemudahan, guru-guru, dan lain-lain yang lebih baik. Ini menjadi ( head stort ) permulaan awal kepada mereka . Kegaglan mereka dalam peperiksaan menyukarakan mereka mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kegagalan mereka bukan disebabkan kekurangan kemudahan tetapi disebabkan oleh sikap ibu bapa individu itu sendiri yang memang mempunyai sikap anti-penjajah masa waktu tersebut. Jadi peluang yang sama bagi mobiliti tidak akan diperoleh bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh pentadbir British pada zaman kolonial. Perkara ini kerap kali timbul di kalangan pelajar di luar bandar yang mempunyai sekolah yang serba kekurangan. Dengan itu wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu kerana dilema kegagalan dalam peperiksaaan. Hal ini menjejaskan hubungan etnik kerana pelajar yang tinggal di bandar seperti pelajar Cina dan India akan lulus keran mempunyai kemudahan yang serba lengkap.
5. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS SEKOLAH YANG MEMISAHKAN KAUM
Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan india sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.
Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa peengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenan-kompenan masyarakat yang “ berasingan tapi berdampingan”. Tambahan juga kemunculan “ kota-kota kolonial” ini yang menerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu.
Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris mengangang oarang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian keran sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada zaman kolonial. Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah melayu.
Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India, bahkan untuk sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang terlatih di Tanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.
Pendidikan terus menjadi alat penting dalam penerusan budaya sesebuah masyarakat. Walau bagaimana majunya sesuatu bangsa itu, tanpa dasar pelajaran yang dirancang akan membawa kepada pelbagai kepincangan. Dasar pelajaran harus di pelihara dan diperhalusi, serta setiap perubahan memerlukan kajian dan pendapat ramai.
Namun, pelajaran tidak dapat lari dari mewarisi tradisi sesebuah negara khususnya dari segi sejarah budaya. Sesungguhnya, kesan dari pendidikan kolonial memberi pengaruh besar tehadap sistem pendidikan di Malaysia. Bagaimanapun, pada masa kini, masyarakat Melayu di Malaysia berminat untuk menghantar anak - anak mereka ke sekolah agama dicampur dengan akademik agar peroleh perkembangan ilmu yang seimbang. Hakikatnya, kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini sebenarnya menerima pengaruh dari sistem pendidikan kolonial Inggeris. Apa yang pasti, pembentukan dasar pendidikan sememangnya memainkan peranan yang sangat penting kerana pendidikan merupakan fundamental dalam membentuk generasi baru supaya sedar bagaimana membina masyarakat yang bertamadun dan tidak dibawah arahan penjajah.
Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar budaya nilai-nilai asing. Kita dapat melihat bahawa pada zaman kolonial kanak-kanak di sekolah diajar dengan menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang di England. Malahan juga, buku-buku yang digunakan untuk mengajar adalah serupa dengan yang di England. Dapat dikenal pasti juga yang kewujudan pertembungan budaya Barat dengan budaya Timur. Sekolah Inggeris jika diteliti juga telah menjadi satu institusi asing dalam ertikata perkara-perkara yang diajar tidak mempunyai relevan atau kaitan dengan masyarakat atau kebudayaan orang-orang tanah Melayu yang dijajah.
Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan. Bagi penjajah Inggeris pada zaman terebut persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan. Oleh sebab itu, British mengabaikan soal penggunaan satu bahasa pengantar, kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan dapat menyatukan anak-anak dari semua keturunan. Maka dapatlah disimpulkan sekali lagi disini bahawa terdapat benyak kesan negatif wujud disebabkan sistem pendidikan kolonial yang diperkenalkan oleh British pada zaman penjajahan.

Langgan:
Catatan (Atom)