Selasa, 18 Mac 2014

Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014

BINTANG HANDALAN BOLA SEPAK AKAN BERAKSI DALAM PIALA UNITY LAURUES ALL STARS BUAT JULUNG KALINYA DI KUALA LUMPUR

CHRISTIANO RONALDO
Fabio Capello dan Michael Laudrup menjadi jurulatih perlawanan menarik ini Victor Baia, Ronald de Boer, Paulo Ferreira, Steve McManaman dan Hidetoshi Nakata antara bintang yang mengesahkan persetujuan untuk beraksi Piala Unity Laureus All Stars bermula jam 5.00 petang, 25 Mac di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur.

Anugerah Dunia Sukan Laureus akan diadakan di Kuala Lumpur, 24-26 Mac




Himpunan bintang-bintang bergemerlapan sukan bola sepak akan beraksi dalam perlawanan Piala Unity Laureus All Stars yang julung kali diadakan sempena majlis Anugerah Dunia Sukan laureus 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dua jurulatih - Fabio Capello dan Michael Laudrup - kini sedang giat mencari pemain mereka untuk perlawanan yang akan diadakan di padang Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang, Selasa, 25 Mac, menjelang malam majlis Anugerah Laureus.

Piala Unity Laureus All Stars akan membariskan beberapa nama bola sepak handalan, sebagai pemain dan jurulatih.

Antara yang sudah mengesahkan penyertaan adalah :Victor Baia (Portugal) Penjaga gol: bermain lebih 400 kali untuk Porto di antara 1988 dan 2007.
   
Bermain dalam skuad Porto kendalian Jose Mourinho yang menewaskan Monaco dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2004 Ronald de Boer (Belanda) Pemain Tengah: bermainan 67 kali untuk Belanda, termasuk Piala Dunia 1994 dan 1998. Menjuarai Liga Juara-Juara Eropah ketika bersama Ajax pada 1995.
   
Fabio Capello (Itali) Jurulatih: salah seorang pengurus terbaik dalam bola sepak, ketika ini mengendalikan pasukan kebangsaan Russia dan pernah membimbing AC Milan, Real Madrid, Roma, Juventus dan England

Paulo Ferreira (Portugal) Pertahanan: menyarung jersi Portugal sebanyak 62 kali dan menganggotai skuad juara Liga Juara-Juara Eropah FC Porto dan Chelsea

Michael Laudrup (Denmark) Jurulatih: menjuarai liga ketika bersama Ajax, Barcelona, Real Madrid dan Juventus. Bermain 104 kali untuk Denmark. Kini mengendalikan pasukan Swansea dalam Liga Perdana Inggeris

Steve McManaman (England) Pemain sayap: bermain 274 kali untuk Liverpool dan 94 kali untuk Real Madrid. Menyarung jersi kebangsaan England sebanyak 37 kali

Gaizka Mendieta (Sepanyol) Pemain Tengah: Bermain 230 kali untuk Valencia, menamatkan karier bola sepaknya bersama pasukan Middlesbrough di England. Mengumpul 40 kali aksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Hidetoshi Nakata (Jepun) Pemain Tengah: Bermain untuk skuad kebangsaan Jepun dalam tiga Piala Dunia dan dua Sukan Olimpik. Menghabiskan sebahagian besar kariernya di Itali bersama pasukan Perugia, Roma, Parma, Bologna dan Fiorentina

Andonis Nikopolidis (Greece) Penjaga gol: Bermain 90 kali untuk Greece dan menganggotai skuad kebangsaan yang menjuarai Kejohanan Eropah 2004

Sebelum itu, akan diadakan perlawanan Bawah-19 tahun dan Luis Milla, kini jurulatih pasukan Al Jazira, yang pernah beraksi untuk FC Barcelona dan Real Madrid serta membimbing pasukan belia Sepanyol selama beberapa tahun, akan mengadakan sesi latihan dengan pemain muda.

Piala Unity Laureus All Stars akan dijalankan di depan penonton yang dijemput khas dan tiadak akan dibuka untuk orang awam. Butiran siaran akan diumumkan pada waktu yang sesuai. Ia membabitkan dua babak selama 30 minit setiap satu, di antara dua pasukan yang dipilih daripada semua pemain bola sepak kelas dunia ini. Lebih ramai nama-nama yang mengambil bahagian akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Hari berikutnya, Rabus, 26 Mac, majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014, majlis pengiktirafan tertinggi dalam kalendar dunia sukan antarabangsa, akan berjalan dan majlis penganugerahan akan disiarkan secara langsung di Istana Budaya, di Kuala Lumpur. Majlis Anugerah, yang mengiktiraf atlet lelaki dan wanita handalan dunia setiap tahun, dipilih oleh ahli Akademi Dunia Sukan Laureus, panel juri sukan tertinggi yang mengandungi seramai 46 atlet lelaki dan wanita terhebat sepanjang zaman.

Hasil daripada Anugerah Dunia Sukan Laureus memberi manfaat secara langsung dan menyokong kerja-kerja Sukan Laureus untuk Yayasan Good yang menyokong lebih 140 projek komuniti sukan di seluruh dunia.  Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac. Sejak pengenalannya, Laureus sudah mengumpul lebih €60 juta untuk melaksanakan pelbagai projek demi membantu meningkatkan kehidupan berjuta-juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia.

Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah yayasan amal yang ditubuhkan khusus untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring dengan prinsip 1Malaysia. Aktiviti yayasan ini dirumus ke arah mendekati dan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, serta cuba melengkapi mereka dengan sesuatu untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Setakat ini, yayasan ini memberi fokus terhadap tiga bidang – Meningkatkan kualiti hidup, Pendidikan dan Sukan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri berkata: “Kuala Lumpur amat berbesar hati diberi keistimewaan untuk menjadi tuan rumah majlis berprestij Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 dan bandaraya ini tidak sabar untuk menganjurkan acara terkenal di peringkat antarabangsa ini dan mengalu-alukan kehadiran ramai legenda sukan ke Malaysia. Ini adalah negara yang cintakan sukan dan saya memberi jaminan layanan dan hospitaliti mesra menanti setiap tetamu kami. Berserta beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Piala Monsun dan Grand Prix Formula Satu, kami sangat yakin bahawa Kuala Lumpur, Malaysia adalah tuan rumah yang sempurna untuk acara sukan yang begitu signifikan ini. Saya positif ini bakal menjadi acara yang akan dikenang oleh semua yang terlibat.”

Senarai penuh calon bagi Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014 adalah:

Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus
Usain Bolt (Jamaica) Olahraga; Mo Farah (UK) Olahraga; LeBron James (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Cristiano Ronaldo (Portugal) Bolasepak; Sebastian Vettel (Jerman) Sukan Permotoran

Atlet Sukan Wanita Terbaik Tahunan Laureus
Nadine Angerer (Jerman) Bolasepak; Missy Franklin (Amerika Syarikat) Renang; Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Olahraga; Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Tina Maze (Slovenia) Ski; Serena Williams (Amerika Syarikat) Tenis

Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
All Blacks (NZ) Ragbi; Bayern Munich (Jerman) Bolasepak; Pasukan Bolasepak Kebangsaan Brazil; Bob & Mike Bryan (Amerika Syarikat) Tenis; Miami Heat (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Red Bull (Austria) Sukan Permotoran

Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Pasukan Kriket Afghanistan; Marc Márquez (Sepanyol) Motosikal; Raphael Holzdeppe (Jerman) Olahraga; Nairo Quintana (Colombia) Berbasikal; Justin Rose (UK) Golf;
Adam Scott (Australia) Golf

Kebangkitan Semula Terbaik Tahunan Laureus
Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Oracle Team USA – Perahu Layar; Tony Parker (Perancis) Bolakeranjang; Ronaldinho (Brazil) Bolasepak; Tiger Woods (Amerika Syarikat) Golf

Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus
Marie Bochet (Perancis) Ski; Marcel Hug (Switzerland) Lumba Berkerusi Roda; Tatyana McFadden (Amerika Syarikat) Lumba Berkerusi Roda; Sophie Pascoe (NZ) Renang; Sarah Louise Rung (Norway) Renang; Olga Sviderska (Ukraine) Renang

Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Jamie Bestwick (UK) BMX; Bob Burnquist (Brazil) Papan Luncur; Mick Fanning (Australia) Luncur Air; John John Florence (Amerika Syarikat) Luncur Air; Maya Gabeira (Brazil) Luncur Air; Shaun White (Amerika Syarikat) Luncur  Salji

NELSON MANDELA
Penaung pertama Laureus ialah Nelson Mandela. Semasa Anugerah Dunia Sukan Laureus yang julung kali diadakan pada tahun 2000, beliau berkata: “Sukan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Ia mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi. Ia mempunyai kuasa untuk menyatukan rakyat yang tidak dapat dilakukan dengan cara lain. Sukan menjana harapan tika hanya kekecewaan yang melanda.” Ini telah menjadi falsafah Laureus; menjadi kuasa pendorong di sebalik tugasnya.

Laureus merupakan gerakan universal yang meraikan kuasa sukan untuk menyatukan orang bersama-sama sebagai satu pasukan untuk selama-lamanya.  Laureus terbentuk daripada tiga elemen teras - Akademi Dunia Sukan Laureus, Sukan Laureus untuk Yayasan Good, Anugerah Dunia Sukan Laureus - yang secara kolektif meraikan kecemerlangan sukan dan menggunakan sukan sebagai cara untuk menggalakkan perubahan sosial.

Ahli-ahli Akademi Dunia Sukan Laureus terdiri daripada: Giacomo Agostini, Marcus Allen, Franz Beckenbauer, Boris Becker, Ian Botham, Sergey Bubka, Bobby Charlton, Sebastian Coe, Nadia Comaneci, Yaping Deng, Marcel Desailly, Kapil Dev, Mick Doohan, David Douillet, Emerson Fittipaldi, Sean Fitzpatrick, Dawn Fraser, Cathy Freeman, Tanni Grey-Thompson, Marvelous Marvin Hagler, Mika Häkkinen, Tony Hawk, Mike Horn, Miguel Indurain, Michael Johnson, Kip Keino, Franz Klammer, Dan Marino, Edwin Moses (Pengerusi), Nawal El Moutawakel, Robby Naish, Ilie Nastase, Martina Navratilova, Alexey Nemov, Jack Nicklaus, Gary Player, Morné du Plessis, Hugo Porta, Steve Redgrave, Vivian Richards, Monica Seles, Mark Spitz, Daley Thompson, Alberto Tomba, Steve Waugh dan Katarina Witt.

Ahli-ahli Akademi Laureus menawarkan perkhidmatan mereka secara sukarela sebagai duta global sukan Laureus untuk Yayasan Good, yang ditubuhkan bagi menggalakkan sukan sebagai alat untuk perubahan sosial. Yayasan ini menangani cabaran sosial melalui program berkaitan sukan di seluruh dunia, iaitu inisiatif pembangunan komuniti . Sejak penubuhannya, Laureus telah mengumpul lebih €60 juta untuk projek-projek yang membantu meningkatkan tahap kehidupan lebih satu setengah juta golongan muda. Misi Yayasan Laureus adalah untuk menggunakan sukan sebagai cara memerangi beberapa cabaran sosial paling sukar di dunia yang dihadapi anak-anak muda hari ini, seperti jenayah juvana, kumpulan samseng, HIV/AIDS, diskriminasi, penyingkiran sosial, kesedaran periuk api dan masalah kesihatan seperti obesiti.

Akademi tersebut mendapat sokongan ahli Program Duta Laureus untuk melaksanakan tugasnya, satu kumpulan olahragawan dan olahragawati terpilih yang telah bersara atau masih aktif yang mencapai kehebatan melalui sukan, serta personaliti bukan sukan yang memberi  sumbangan besar kepada masyarakat sukan sepanjang kerjaya mereka.

Anugerah Dunia Sukan Laureus merupakan anugerah sukan global yang terkemuka yang mengiktiraf atlet lelaki dan wanita terulung dalam semua acara sukan setiap tahun.  Pemenang dipilih oleh juri sukan terunggul - 46 orang ahli Akademi Dunia Sukan Laureus, para legenda sukan yang memberikan penghormatan kepada para atlet terhebat hari ini.  Anugerah ini disampaikan di Majlis Penganugerahan tahunan, dihadiri oleh tokoh-tokoh dunia sukan dan hiburan yang disiarkan ke 120 buah negara dan wilayah. 

Terdapat dua bahagian dalam proses pengundian untuk mencari pemenang Anugerah Dunia Sukan Laureus.  Pertama, satu Panel Pemilihan yang terdiri daripada editor, penulis dan penyiar sukan terkemuka di dunia dari lebih 120 buah negara mengundi untuk menyenarai pendek enam Pencalonan dalam pelbagai kategori, termasuk Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus, Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus, Pasukan Terbaik Tahunan Laureus, Pencapaian Terbaik Tahunan Laureus dan Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus.  Kemudian anggota panel Akademi Anugerah Dunia Sukan Laureus mengundi secara rahsia untuk memilih pemenang Anugerah daripada senarai pendek tersebut. Ahli-ahli Akademi Laureus juga mengundi untuk Tokoh Sukan Kurang Upaya Terbaik Laureus dan Aksi Sukan Terbaik Tahunan Laureus, yang Pencalonannya  dibuat oleh panel pakar.

Hasil daripada Anugerah Dunia Sukan Laureus memberi manfaat secara langsung dan menyokong kerja-kerja Sukan Laureus untuk Yayasan Good yang menyokong lebih 140 projek komuniti sukan di seluruh dunia.  Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac.

Laureus ditubuhkan oleh penaung Richemont dan Daimler dan disokong oleh Rakan kongsi Global Mercedes-Benz dan IWC Schaffhausen.



Mercedes-Benz
Mercedes-Benz, pengeluar kereta tertua di dunia, boleh mengimbaskepada tradisi yang unik. Ia merupakan jenama automotif premium paling bernilai yang mewakili kualiti, keselamatan, keselesaan, reka bentuk dan mobiliti mapan. Mercedes-Benz menikmati reputasi yang sangat baik, terutama dalam bidang keselamatan. Kebanyakan perintis inovasi teknikal yang merupakan ciri-ciri standard automotif hari ini dapat dilihat pada awalnya dalam kereta Mercedes-Benz. Jurutera-jurutera Mercedes-Benz pada masa akan datang akan terus mencipta semula automobil secara konsisten – dengan semangat dan inovasi yang sama seperti Gottlieb Daimler dan Carl Benz pada tahun 1886. Selain itu, Mercedes-Benz secara aktif menyokong sukan profesional dan amatur sejak beberapa dekad dan menjadi rakan yang boleh dipercayai dalam bidang sukan bermotor, bola sepak, golf, ekuestrian dan tenis.  Mercedes-Benz adalah Rakan Kongsi Global Sukan Laureus untuk Yayasan Good. Sejak permulaan operasi Yayasan ini pada tahun 2000, Mercedes-Benz telah berkongsi dan menyokong matlamat-matlamat dan nilai-nilai program kebajikan di seluruh dunia yang meletakkan peranan utama kepada sukan dalam perjuangan terhadap isu-isu sosial - Laureus menjadi elemen penting dalam program tanggungjawab sosial korporat Mercedes-Benz.

IWC Schaffhausen
Dengan fokus yang jelas tertumpu pada teknologi dan pembangunan, pengeluar jam tangan Switzerland iaitu IWC Schaffhausen telah menghasilkan jam tangan yang abadi nilainya sejak 1868. Syarikat itu meraih reputasi antarabangsa berdasarkan semangat dan kesungguhannya untuk mengetengahkan penyelesaian inovatif dan kepintaran teknikal. Tergolong antara jenama terkemuka di dunia dalam segmen jam tangan mewah, IWC menghasilkan ciptaan agung yang paling indah dan halus dalam seni pembuatan jam, melalui gabungan kejuruteraan dan kepersisan dengan reka bentuk eksklusif. Sebagai rakan kongsi global sejak  2005 dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, IWC merupakan salah satu daya penggerak di sebalik Yayasan Laureus Sport for Good. Sejak 2006, pengeluar jam tangan Switzerlandini telah melancarkan beberapa jam edisi terhad sebagai penghormatan dan sokongan terhadap Yayasan tersebut. Jam tangan ini dirancang untuk menjadi barangan koleksi pengumpul jam kerana setiap edisi menampilkan ukiran eksklusif di belakang jam berdasarkan lukisan seorang kanak-kanak yang terlibat dalam projek Laureus.







Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang mencerminkan keunikan dari seluruh Asia gambaran sebuah negara ceria, campuran pelbagai kaum dan agama di mana Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik lain dapat hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum dan budaya ini menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan dan tempat kelahiran pelbagai perayaan berwarna-warni. Rakyat Malaysia begitu tenang, mesra dan peramah. Menjadi destinasi pelancongan ke-10paling popular di dunia mengikut perangkaan UNWTO dan keempat dari segi destinasi membeli-belah di dunia oleh CNN, dan dengan 2014 menjadi Tahun Melawat Malaysia, negara ini pastinya adalah tuan rumah yang paling tepat untuk majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014.

YR1M
Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah yayasan amal yang ditubuhkan khusus untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring dengan prinsip 1Malaysia. Aktiviti yayasan ini dirumus ke arah mendekati dan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, serta cuba melengkapi mereka dengan sesuatu kemahiran untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Setakat ini, yayasan ini memberi fokus terhadap tiga bidang – Meningkatkan kualiti hidup, Pendidikan dan Sukan

Jumaat, 14 Mac 2014

ENGKERAMBA PERAU IKON NEGERI SARAWAK

Engkeramba Perau Tambang
Perau tambang, sebengkah ari kereban pengangkut ke pegari rita ba Sungai Sarawak kenyau ari kelia munya, lalu utai tu diatu majak dikelala nyadika pesaka menua Sarawak.
   
Perau tambang iya nya perau mit ke ngembuan pemanjai lebih kurang lima meter, ngembuan perabung lalu bisi dua penuduk panjai sepiak-sepiak ba dalam iya, dipejalaika ngena enjin diesel ke mit.
   
Taja baka nya ketegal pemansang kereban pengangkut ba Sarawak ngujungka perau tambang di Sarawak nyau majak kurang laku.
   
Dikena ngidupka baru perau tambang ngambika terus dikerinduka mensia mayuh, siku tauke barang kraf, Mohammad bin Julaihi, 44, nempa engkeramba perau ngambika tau dijual nyadika tepa.
   
Penemu nya pansut berengkah taun 2009 dikena nambahka agi perengka pengelandik jari ke ditempa iya kenyau ari taun 2007.
   
Juluk ati iya nempa engkeramba perau berengkah maya Muhammad bejalai ba Waterfront Kuching, ke suah alai orang ngelantang ati lalu maya nya ati iya chukup tusah ngenang dagang diri ke kurang laku.
   
Lebuh meda perau tambang nadai putus ngundang penumpang, iya pechaya jereki iya mega tentu enda putus nyema gamal perau nya ditempa iya nyadi engkeramba awakka digaga nyadi tepa (barang pengingat).
   
   
ENGKERAMBA PERAU NYADI PENGIAS

Sebaka enggau ikon Bumi Kenyalang ke bukai baka kek lapis, ikan terubok, pasu
enggau tiai ke dibai pulai nyadi tepa, iya mega deka meda perau tambang ulih dibai pulai nyadi tepa laban ke nyelai.
   
Pengudah lima taun, Mohammad diatu berasai puas meda kompeni Manita Enterprise ke digaga begulai enggau bini iya, Hamsiah Kadir, 40, mujur nyadi siti ari dagang ke ngemansangka engkeremba perau ti ebkaul enggau ikon negeri Sarawak.
   
Lebuh ngingatka baru keterubah pengawa ngaga engkeramba perau tambang, iya ngaku endang amat pedis lalu beguna awak beminggu-minggu nembuka siti engekeramba.
   
Udah nya, iya majak landik pengudah ke nguji kedua kali lalu ulih tembua dalam timpuh dua hari.

"Pengudah mujur ngaga engkeramba perau tambang nya, aku enggau bini aku majak nyingkang ke mua, ikon Sarawak terus nyadi produk batang pekara dikemansangka ba kompeni kami, 'ku iya.


IKON SARAWAK ARI KAMPUNG BINTAWA TENGAH

Dua iku melaki bini ke nyadi tauke ngaga engekeramba perau tu ngentapka diri diu ba Kampung Bintawa Tengah lalu ba palan nya mega seduai bisi ngaga ikon Sarawak ke chukup tebilang nya.
   
Ba rumah seduai seduai bisi empat buah mesin ke diguna kena nebuk,  ngelumpung, melah enggau ngechat kayu. Entara bansa kayu ke dikena ngaga engkeramba perau tu baka kayu jelutong, kayu nyatu enggau buluh bemacham pemesai.

Mohammad enggau sida sebilik ninting hari ngaga engekeramba perau tambang. Pengawa ngaga engkeramba perau tu bepun enggau ngelumpung kayu, udah nya ditetap nipis-nipis dikena ngaga dinding, tiang enggau perabung. Udah nya kayu ke uda mipau nya deka dilekatka ngena gam.
   
Peneleba lima taun ke udah ngereja pengawa nya ngungkungka, Mohammad nerima latih belajar ba Palan Pengelandik Besai Raban Nembiak Menua ba Jitra, Kedah. Iya madah diatu pengawa ke digaga sida ngemayuhka model ikon Sarawak.

Kelimpah ari perau tambang, sida mega bisi ngaga perau bidar, rumah panjai enggau baru mayuh bengkah pemesai lalu dijual enggau rega entara RM25 ngagai RM550.
   
   
PENGAWA DIRI SEBILIK


"Bini aku ke suah meri penemu ngambika engkeramba perau ke digaga aku digaga lebih manah agi, chunto iya bini aku ngasuh ngengkah spring ba baruh engkeramba perau tambang lalu udah nya dipanggai atas papan nyadika pantar," ku Mohammad.
   
Hamsiah mega meda pengawa nulung laki iya gawa lebih manah laban pengawa ngaji orang bukai dipeda enda lama aja.
   
"Kala anak menyadi aku nulung, tang lebuh datai ba tikas ke mar, sida alu enggai agi," ku iya seraya madahka menyadi iya Rohaya Kadir,
35, udah bisi mandangka pengerindu deka nulung ngaga perengka engkeramba perau.

Kelimpah kami dua melaki bini, anak kami mega iya nya Samsu Zaman, 22, enggau Safri Zaman, 15, mega mandangka pengerindu ngaga engkeramba perau tambang ke nyadi ikon Sarawak.
   
Samsu Zaman madah, iya suah nulung pengawa ba workshop kelimpah nyadi kedai sida ke bisi disediaka Opis Pemansang Ekonomi Sarawak (SEDC) ba Tebing Kampung Gersik.
   
Menyadi iya, Safri Zaman pandau agi nulung ngaga engekeramba rumah panjai.
   
PENGINGAT MANIS

Pengelama ke udah bejalaika pengawa dagang nya, dua iku melaki bini tu nempuh mayuh macham jerita manah nyengaum nerima peminta ari ex Sapit Kepala Menteri  Sarawak, Tan Sri Dr George Chan ke ngasuh ngaga engkeramba perau tambang maya Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia ba Kampung Main Asal Sarawak ba taun 2009.
   
Iya madah, Dr George maya nya enggau meli engkeramba ke uda h tembu digaga tang deka meli engkeramba ke benung digaga laban iya empu deka meda pengawa chara ngaga engkeramba nya.
   
Engkeramba perau tambang nya digaga seduai nya dipilih nyadi tepa laban deka diberi ngagai Yang Dipertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan
Zainal Abidin beserimbai enggau Jambori Pengakap Malaysia ke-12 enggau Jambori Entarabansa Terengganu 2011.
   
Berimbai enggau pengerami nya, bisi 30 engkeramba perau tambang bisi dipinta nyadi tepa ngagai semua tuai kontijen ke bisi datai.
   
Engkeramba ke digaga nya mega dikerinduka bala temuai ari menua luar lebuh sida datai bebala mayuh ke menua Kuching kena bulan Oktober taun siti ke udah.
   
Laban kelalu tekait ati meda pemanah engkeramba nya, dua iku melaki bini ari menua Eropah bisi meli engkeramba perau tambang, rumah panjai enggau baruk lalu nangkan ke nya dua iku agi dua iku melaki bini temuai ari menua Eropah meli dua ikt engkeramba peray tambang," ku tauke tuake ngaga engkeramba nya.


JEREKI TAUN NEMUAI KE MALAYSIA 2014

Berimbai enggau program Taun Nemuai Ngagai Malaysia 2014, dua iku melaki bini nya bisi nyereta eksibisyen  Hari kraf Nasional 2014 berengkah 26 Febuari ngagai 10 March tu tadui ba Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
   
"Aku ngarapka nengah pengawa tu kami ulih ngelakuka engekeramba perau ke nyadi ikon Sarawak ngagai mensia mayuh enggau bala temuai ari menua luar," ku iya.

Kelimpah ari kraf, sida mega bisi ngaga produk rantai kunchi enggau kotak tisu.
   
Pengawa Mohammad enggau Hamsiah ke ngaga perengka pengelandik jari ukai semina ngenataika jereki ngagai sida sebilik tang mega nulung ngangkatka pesaka menua Sarawak nengah engkeramba ke digaga sida sebilik.Bernama